mobile header ms01

OYK Major Hazard

  • Orang Kompeten Major Hazard didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996 berdasarkan Peraturan 13.

    Tugas Orang Kompeten


    Memberi khidmat nasihat kepada pengilang dalam kawalan bahaya besar terutamanya dalam bidang-bidang berikut:
    • Dalam penyediaan laporan bertulis (laporan baru) yang mengandungi maklumat yang dinyatakan dalam Jadual 6 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996 untuk dihantar kepada Ketua Pengarah. Dalam penyediaan laporan lanjutan bertulis (laporan pengubahsuaian) yang mengambil kira pengubahsuaian kepada aktiviti industri untuk dihantar kepada Ketua Pengarah.
    • Dalam penyediaan laporan lanjutan bertulis (laporan kemaskini) yang mengambil kira terutamanya pengetahuan teknikal baru yang ketara yang memberi kesan kepada butiran dalam laporan yang terdahulu yang berkaitan dengan keselamatan dan pemajuan dalam pengetahuan mengenai penilaian bahaya untuk dihantar kepada Ketua Pengarah.
    • Dalam penyediaan pelan kecemasan tapak yang mencukupi yang memperincikan cara menangani kemalangan besar di tapak untuk dihantar kepada Ketua Pengarah.
  • Kelayakan untuk didaftarkan sebagai Orang Kompeten Major Hazard adalah pemohon hendaklah:
    • Seorang warganegara Malaysia, atau jika seorang pemastautin asing, hendaklah memegang permit kerja yang sah.
    • Berumur tidak kurang daripada dua puluh satu(21)tahun.
    • Memegang ijazah atau yang setaraf dalam salah satu bidang berikut: kejuruteraan, fizik, kimia, biokimia, ergonomik atau sains gunaan dari Universiti yang diiktiraf.
    • Mempunyai tidak kurang daripada tiga(3) tahun pengalaman praktikal yang relevan kepada kerja yang hendak dilakukan oleh Orang Kompeten di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996.
    • Mempunyai pengetahuan yang baik dan pengalaman dalam bidang-bidang berikut:
    a) Perundangan Malaysia berkaitan Major Hazard terutamanya dibawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya.

    b) Sistem Pengurusan Keselamatan

    c) Pelan Kecemasan Tapak

    • Mempunyai pengetahuan dan kefahamanyangmencukupidalam penilaian risiko (Quantitative Risk Assessment).
  • Jadual Temuduga Bagi Tahun 2018

    Bil.
    Tarikh
    1.
    30 Januari 2018
    2.
    28 Februari 2018
    3.
    27 Mac 2018
    4.
    26 April 2018
    5.
    15 Mei 2018
    6.
    28 Jun 2018
    7.
    26 Julai 2018
    8.
    29 Ogos 2018
    9.
    19 September 2018
    10.
    30 Oktober 2018
    11.
    15 November 2018
    12.
    13 Disember 2018
  • Nota panduan Penyediaan dan Pengemaskinian Laporan Aktiviti Industri dibangunkan bagi menyeragamkan format pelaporan Laporan Aktiviti Industri (dokumen baru dan dokumen yang dikemaskini). Dokumen mestilah ditulis mengikut nota panduan, dan mula berkuatkuasa mulai 9 Mac 2017. Jika tidak, dokumen tidak akan disemak.

    Lampiran: Nota panduan Penyediaan dan Pengemaskinian Laporan Aktiviti Industri
  • Setiap Pelan Kecemasan Tapak sama (bagi dokumen baru dan dokumen kemaskini) mestilah mempunyai setiap elemen di dalam Senarai Semak Pelan Kecemasan, mula berkuatkuasa mulai 9 Mac 2017. Jika tidak, dokumen tidak akan disemak.

    Lampiran: Senarai Semak ERP

CetakEmel

Tags Cloud