Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Siasatan Penyakit dan Keracunan Pekerjaan

Pada tahun 2015, sebanyak 5960 kes penyakit dan keracunan pekerjaan telah dilaporkan ke Bahagian Kesihatan Pekerjaan berbanding dengan 2648 kes yang dilaporkan pada tahun 2014. Sabah (1470 kes; 24.7%), Pulau Pinang (1341 kes; 22.5%) dan Sarawak (704 kes; 11.8%) telah melaporkan jumlah kebanyakan penyakit dan keracunan pekerjaan kes bagi tahun 2015. Sebanyak 4034 kes telah berjaya disiasat bagi tujuan menjalankan penambahbaikan tempat kerja dari segi kesihatan pekerjaan. Sejumlah 3377 kes penyakit pekerjaan yang telah disiasat adalah penyakit kehilangan pendengaran akibat bunyi bising (NIHL) dan penyakit ini masih merupakan penyakit pekerjaan yang paling sering dialami oleh para pekerja (83.7%) berbanding dengan penyakit-penyakit lain. Ini diikuti oleh penyakit musculoskeletal pekerjaan, iaitu sebanyak 147 kes (4.4%) dan penyakit paru-paru pekerjaan, sebanyak 91 kes (2.3%) yang telah disiasat pada tahun 2015. Penyakit yang disebabkan oleh agen fisikal merupakan penyakit yang paling sedikit disiasat oleh Bahagian dimana tiada kes disiasat pada tahun 2015.

vm occu diseases1

vm occu diseases2 

Analisis penyakit dan keracunan mengikut sektor pekerjaan mendedahkan bahawa sektor pembuatan mencatatkan sebahagian besar kes penyakit dan keracunan pekerjaan pada tahun 2015 iaitu sebanyak 3487 kes (86.4%). Ini diikuti oleh sektor perkhidmatan awam, sebanyak 149 kes (3.6%) dan sektor pertanian, sebanyak 122 kes (3.0%). Bahagian Kesihatan Pekerjaan juga menyiasat kes pampasan bencana kerja ex-gratia bagi tujuan pengesahan penyakit pekerjaan untuk kakitangan kerajaan dan sebanyak 38 kes telah berjaya disiasat pada tahun 2015.

vm occu diseases3

vm occu diseases4

Cetak Emel