Breadcumb Caption
  • Ruangan KKP
  • Berita Global KKP
  • KES MAHKAMAH-PEKERJA MAUT TERSEPIT DI DALAM CONVEYOR, MAJIKAN DIDENDA
Breadcumb Caption
  • Ruangan KKP
  • Berita Global KKP
  • KES MAHKAMAH-PEKERJA MAUT TERSEPIT DI DALAM CONVEYOR, MAJIKAN DIDENDA

KES MAHKAMAH-PEKERJA MAUT TERSEPIT DI DALAM CONVEYOR, MAJIKAN DIDENDA

press statement01

PEKERJA MAUT TERSEPIT DI DALAM CONVEYOR, MAJIKAN DIDENDA

Sandakan, 8 Mei 2019 – Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan, Tuan Indra Bin Haji Ayub telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2,000 dan pampasan kepada waris sebanyak RM 18,000 terhadap syarikat pengilangan, Ladang Sabah Sdn Bhd selepas mengaku bersalah.

Ladang Sabah Sdn Bhd telah didakwa dibawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 kerana gagal memastikan, setakat yang praktik keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja pekerjanya ketika menjalankan kerja pembersihan di EFB Chopper Conveyor yang mengakibatkan pekerjanya maut akibat tersepit di dalam EFB Chopper Conveyor berkenaan.

Pendakwaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah, Mohd Fairul Azwan Bin Ismail dan dibantu oleh Mohd Ghazali Bin Mohd Jajuli. Kes tersebut disiasat oleh pegawai dari Seksyen Siasatan dan Pendakwaan JKKP Sabah yang di ketuai oleh Mohamad Edrus Bin Ramli dan di bantu Rustan Bin Pangiut

###

Dikeluarkan oleh:
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah
8 Mei 2019

Cetak Emel