Breadcumb Caption
  • Ruangan KKP
  • Berita Global KKP
  • DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA (DKPPN) BERTINDAK MELINDUNGI HAK ASASI PEKERJA UNTUK MENDAPATKAN PERSEKITARAN PEKERJAAN YANG SELAMAT, SIHAT, DAN KONDUSIF
Breadcumb Caption
  • Ruangan KKP
  • Berita Global KKP
  • DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA (DKPPN) BERTINDAK MELINDUNGI HAK ASASI PEKERJA UNTUK MENDAPATKAN PERSEKITARAN PEKERJAAN YANG SELAMAT, SIHAT, DAN KONDUSIF

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA (DKPPN) BERTINDAK MELINDUNGI HAK ASASI PEKERJA UNTUK MENDAPATKAN PERSEKITARAN PEKERJAAN YANG SELAMAT, SIHAT, DAN KONDUSIF

press statement01

 JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
SABAH

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA (DKPPN) BERTINDAK MELINDUNGI HAK ASASI PEKERJA UNTUK MENDAPATKAN PERSEKITARAN PEKERJAAN YANG SELAMAT, SIHAT, DAN KONDUSIF

Sepang, 27 Februari – Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi tahun 2017, seramai 42,513 pekerja telah terlibat dengan kemalangan di tempat kerja dengan 711 daripadanya merupakan kes kemalangan maut, dan pada masa yang sama, PERKESO telah mengeluarkan pampasan sebanyak RM 3.27 billion kepada pihak yang terlibat.

Pelancaran Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (DKKPN) oleh YAB Dato' Sri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri hari ini, merupakan inisiatif dan komitmen Kerajaan bersama para majikan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan menerusi pengurusan risiko yang mampan di tempat kerja dalam melindungi majikan dan pekerja di Malaysia selain dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing Negara.

DKKPN adalah satu dasar yang diwujudkan dengan kerjasama pemegang taruh khususnya pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja melalui Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dengan menyenaraikan sembilan (9) sasaran utama penambahahbaikan dan bakal mengubah lanskap keselamatan dan kesihatan negara.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang turut menyempurnakan Majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018 di Mövenpick Hotel and Convention Centre hari ini, diadakan bertujuan untuk mengiktiraf 28 pemenang yang terdiri daripada organisasi dan individu yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta prestasi cemerlang di dalam perlaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ditempat kerja mereka.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YBhg Dato’ Amir Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, YBrs Ir. Hj. Omar Mat Piah, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Sumber Manusia.

###

Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Sumber Manusia
27 Februari 2019

Cetak Emel