Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Bayi maut jatuh eskalator

Utusan Online, 02 Februari 2017

 

TASHKENT 1 Feb. – Insiden kemalangan nyawa ketika menggunakan eskalator terus menjadi perhatian termasuk yang terbaharu seorang bayi maut selepas tercampak dari ketinggian 12 meter.

Lapor Mail Online, kejadian menyayat hati itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli belah O’zbegim di bandar Andijan, te­ngah timur Uzbekistan.

Ketika insiden berkenaan, jubah yang dipakai oleh ibu bayi ber­kenaan dikatakan tersangkut pada tepi eskalator menyebabkan wanita itu hilang keseimbangan dan menyebabkan bayi itu tercampak.

Dilaporkan, bayi itu tercampak dari ketinggian yang bersamaan dengan bangunan setinggi empat tingkat.

Pasukan kecemasan yang ber­kejar ke tempat kejadian gagal menyelamatkan nyawa bayi tersebut.

Rakaman kejadian itu dikongsi secara meluas oleh pengguna internet dan mendapat reaksi yang berbeza-beza.

Sesetengahnya menyalahkan ibu bayi itu kerana memakai pakai­an yang tidak sepatutnya, tetapi juga yang memberikan kata-kata sema­ngat.

“Seorang lagi bayi syurga. Kasihan wanita itu, saya hanya boleh membayangkan betapa sedihnya dia,” kata seorang pengguna internet, Andrey.

 

Cetak Emel