Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Gondola jatuh dari tingkat 23, pekerja mati

Harian Metro Online, 27 Oktober 2016

oshcolumn hmo 271016

Jakarta: Seorang pencuci tingkap terbunuh selepas gondola yang dinaikinya terjatuh dari tingkat 23 Menara Intiland di Jakarta Pusat, semalam.

Kejadian berlaku jam 11.15 pagi (waktu tempatan).

Pegawai pengurusan bangunan itu, Prananda Herdiawan berkata, pihaknya berusaha mencari punca kejadian, termasuk berbincang dengan kontraktor yang membaiki gondola itu.

Menurutnya, gondola berkenaan dibeli setahun lalu dan tidak pernah digunakan sebelum kejadian.

“Minggu lalu, gondola itu dibaiki. Ia kali pertama digunakan semalam dan kami percaya ia dalam keadaan baik,” kata Prananda. - Agensi

Cetak Emel