Breadcumb Caption
  • Ruangan KKP
  • Berita Global KKP
  • 4 maut di taman tema Insiden berlaku ketika permainan air tayar gergasi
Breadcumb Caption
  • Ruangan KKP
  • Berita Global KKP
  • 4 maut di taman tema Insiden berlaku ketika permainan air tayar gergasi

4 maut di taman tema Insiden berlaku ketika permainan air tayar gergasi

Utusan Online, 26 Oktober 2016

oshcolumn uo 261016

 

Sydney 25 Okt. - Empat orang pengunjung terbunuh di Taman Tema Dreamworld (Dreamworld) yang popular dalam kalangan pelancong di Gold Coast hari ini selepas permainan air yang dinaiki mereka terbalik.

Polis Queensland dalam satu kenyataan memaklumkan, semua mangsa terbunuh ketika menaiki permainan Thunder River Ra­pids yang diperbuat daripada tayar gergasi dan boleh dinaiki enam individu menerusi jeram buatan.

Pengunjung yang menaiki rakit berbentuk bulat itu perlu memakai tali pinggang keselamatan yang disediakan.

“Empat pengunjung dewasa disahkan terbunuh dipercayai kerana terperangkap pada tali pinggang itu selepas rakit dinaiki mereka terbalik akibat arus deras,” jelas kenya­taan polis.

Pengurusan taman tema itu menerusi satu kenyataan membe­ritahu, pihaknya sedang menyiasat punca kejadian dan akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Keutamaan kami pada ketika ini adalah keluarga yang kehila­ngan orang tersayang. Kami juga akan memberikan penjelasan terkini kepada umum berhubung insiden ini,” jelas Dreamworld.

Seorang saksi yang kebetulan menaiki permainan itu di belakang rakit mangsa berkata, dia terdengar jeritan dan suasana huru-hara ketika kejadian.

Seorang lagi saksi pula memberitahu Gold Coast Bulletin, adik dan anak saudaranya yang turut menaiki permainan tersebut trauma selepas ternampak kaki wanita, dipercayai mangsa yang terperangkap dan maut selepas rakit itu terbalik.

Sementara itu, Datuk Bandar Gold Coast, Tom Tate menyifatkan insiden tersebut sebagai hari paling sedih untuk bandar ini.

“Ingatan kami bersama keluarga mangsa yang maut. Ini adalah hari yang sedih bagi kami,” katanya di Facebook.

 

 

Cetak Emel