Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Pelaksanaan Koda Amalan Pencegahan dan Pengurusan HIV/AIDS di Tempat Kerja

Koda Amalan Tentang Pencegahan Dan Pengurusan HIV/AIDS Di Tempat Kerja telah di sediakan oleh jabatan dengan kerjasama perwakilan daripada pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan antarabangsa. Tujuan koda ini ialah untuk mengurangkan penyebaran HIV/AIDS dan membimbing majikan serta pekerja dalam mengurus isu-isu berkaitan HIV/AIDS di tempat kerja. Sepanjang tahun 2010, sebanyak 11 majikan telah dipantau untuk menggalakkan pematuhan kepada Koda Amalan Tentang Pencegahan Dan Pengurusan HIV/AIDS Di Tempat Kerja. Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan menggunakan:

  1. Borang senarai semak
  2. Bimbingan dan tunjuk ajar untuk majikan

Pihak majikan bersetuju untuk melaksanakan program ini untuk mewujudkan tempat kerja yang bebas dadah dan memberi pandangan yang positif kepada pelanggannya bahawa industrinya tiada bermasalah dan dapat mengatasi masalah pekerja yang ada HIV/AIDS tanpa mendiskriminasikan pekerja-pekerjanya. Projek khas yang dilaksanakan di peringkat negeri ini dapat memberi satu kesan yang positif mengenai isu HIV/AIDS di tempat kerja yang dijangka mengurangkan risiko atau potensi kehilangan kakitangan dan buruh mahir akibat sakit berpanjangan, ketidakhadiran, dan kematian, yang akan menjejaskan produktiviti, faedah kerja, keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), kos pengeluaran dan semangat di tempat kerja.

Cetak Emel