Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Bahagian Kesihatan Pekerjaan

Bahagian Kesihatan Pekerjaan terdiri dari pegawai perubatan, ketua jururawat, inspektor kesihatan dan jururawat. Objektif utama bahagian ini adalah untuk menguatkuasakan kehendak perundangan berkaitan kesihatan pekerjaan serta mengalakkan pengamalan promosi dan perlindungan kesihatan di setiap tempat kerja.

Bahagian Kesihatan Pekerjaan terbahagi kepada dua seksyen, iaitu
i. Seksyen Perubatan Pekerjaan
ii. Seksyen Pengiktirafan

 

FUNGSI SETIAP SEKSYEN

 

Seksyen Perubatan Pekerjaan

  1. Memantau notifikasi penyakit dan keracunan pekerjaan yang dilaporkan dan membantu penyiasatan penyakit dan keracunan pekerjaan di setiap negeri.
  2. Memantau aktiviti penyiasatan penyakit pekerjaan oleh pejabat negeri.
  3. Menjalankan penyiasatan penyakit khidmat untuk pampasan ex-gratia kakitangan kerajaan dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
  4. Menganalisis data penyakit dan keracunan pekerjaan yang di laporkan dan menyediakan laporan kejadian penyakit dan keracunan pekerjaan.
  5. Memberikan khidmat nasihat kepada pejabat negeri, agensi luar, pengamal kesihatan, dan orang ramai berkaitan isu kesihatan pekerjaan.
  6. Memberikan input dalam isu kesihatan pekerjaan kepada jabatan atau kementerian lain.
  7. Memantau pelaksanaan Koda Amalan HIV /AIDS serta Dadah, Alkohol dan Bahan di tempat kerja.
  8. Menjalankan Program Kesihatan Pekerjaan Asas (BOH), terutamanya di sektor Industri Kecil dan Sederhana.
  9. Menjalankan Program Saringan Kesihatan (MyHess) bagi kakitangan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

 

Seksyen Pengiktirafan

  1. Mendaftar dan memperbaharui sijil Doktor Kesihatan Pekerjaan di bawah Peraturan Penggunaan dan Standard Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan 2000 (USECHH 2000).
  2. Memantau aktiviti pengawasan kesihatan atau perubatan oleh Doktor Kesihatan Pekerjaaan yang berdaftar dengan jabatan.
  3. Merancang seminar, kursus, atau dialog bagi mempromosi kesedaran kesihatan pekerjaan.
  4. Menganjurkan Program Pertolongan Cemas di tempat kerja bagi kakitangan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Cetak Emel