Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Siasatan Penyakit dan Keracunan Pekerjaan

Pada tahun 2017, sebanyak 6020 kes penyakit dan keracunan pekerjaan telah dilaporkan ke Bahagian Kesihatan Pekerjaan berbanding dengan 7820 kes yang dilaporkan pada tahun 2016. Pulau Pinang (1352 kes; 22.5%), Selangor (996 kes; 16.5%) dan Johor (622kes; 10.3%) telah melaporkan jumlah kebanyakan penyakit dan keracunan pekerjaan bagi tahun 2016. Sebanyak 3890 kes telah disahkan sebagai penyakit dan keracunan pekerjaan dan penambahbaikan tempat kerja dari segi kesihatan pekerjaan telah dijalankan. Sejumlah 2478 kes penyakit pekerjaan adalah disahkan sebagai gangguan pendengaran akibat bunyi bising (kehilangan pendengaran akibat bunyi bising, kecacatan pendengaran dan anjakan ambang standard kekal) dan gangguan pendengaran ini masih merupakan penyakit pekerjaan yang paling sering dialami oleh para pekerja (63.7%) berbanding dengan penyakit-penyakit lain. Ini diikuti oleh penyakit muskuloskeletal pekerjaan, iaitu sebanyak 126 kes (3.2%) dan penyakit kulit pekerjaan, sebanyak 69 kes (1.8%). Tiada kes kanser pekerjaan yang disahkan pada tahun 2017.

 

vm occu1 2017

 

vm occu2 2017

 

Analisis penyakit dan keracunan mengikut sektor pekerjaan mendedahkan bahawa sektor pengilangan mencatatkan sebahagian besar kes penyakit dan keracunan pekerjaan pada tahun 2017 iaitu sebanyak 3349 kes (86.1%). Ini diikuti oleh kuari lombong, sebanyak 117 kes (3.01%) dan sektor perkhidmatan awam, sebanyak 116 kes (2.98%).

 

vm occu3 2017

Cetak Emel