mobile header ms01

  • Utama
  • Mengenai JKKP
  • Piagam Pelanggan
  • Piagam Pelanggan JKKP

Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Oktober 2018

pdf Status Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Oktober 2018

pdf Status Pencapaian Piagam Pelanggan bagi September 2018

No. Piagam Pelanggan
Tempoh
1
Memproses permohonan kelulusan rekabentuk jentera berperakuan kelayakan bagi setiap permohonan yang lengkap:  
i) Dandang stim dalam tempoh 30 hari bekerja 30 days
ii) Bejana tekanan tidak berapi dalam tempoh 15 hari bekerja 15 days
2
Memproses permohonan pendaftaran sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan bagi setiap permohonan yang lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja 30 days
3
Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan lanjutan tempoh sahlaku sijil perakuan kelayakan pengandung tekanan tak berapi / dandang stim dalam tempoh 45 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap 45 days
4
Memproses dan meluluskan permohonan kebenaran memasang dan mengendalikan simpanan pukal dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap 10 days
5
Memproses kelulusan permohonan kebenaran memasang talian paip dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap 10 days
6
Memproses kelulusan permohonan kebenaran mengendalikan talian paip dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap 7 days
7 Memproses permohonan baru dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima bagi kompetensi higien industri berikut :-   14 days
i) Doktor Kesihatan Pekerjaan.
ii) Pengapit Penaksiran Risiko Kesihatan Bahan Kimia (CHRA).
iii) Penaksir Kualiti Udara Dalaman (IAQ).
iv) Juruteknik Higien I (Pemonitoran Bahan Kimia).
v) Juruteknik Higien II (Pengujian Sistem Pengalihudaraan Setempat).
vi) Orang Yang Kompeten  Pendedahan Bising
vii ) Penguji Gas Bertauliah (AGT) dan Penyelia Kemasukan Ruang Terkurung (ES)
8
Memproses permohonan pembaharuan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima bagi kompetensi higien industri berikut :- 30 days
i) Doktor Kesihatan Pekerjaan.
ii) Pengapit Penaksiran Risiko Kesihatan Bahan Kimia (CHRA).
iii) Penaksir Kualiti Udara Dalaman (IAQ).
iv) Juruteknik Higien I (Pemonitoran Bahan Kimia).
v) Juruteknik Higien II (Pengujian Sistem Pengalihudaraan Setempat).
vi) Orang Yang Kompeten  Pendedahan Bising
vii ) Penguji Gas Bertauliah (AGT) dan Penyelia Kemasukan Ruang Terkurung (ES)
9
Memberi maklumbalas kepada setiap aduan pelanggan terhadap jabatan dalam tempoh 2  hari waktu bekerja 2 days
10
Memberikan maklumbalas bagi setiap  permohonan memberikan ceramah dan mengadakan pameran yang lengkap berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam tempoh 6 hari waktu bekerja 6 days
11
Memulakan siasatan kejuruteraan forensik selepas menerima pemberitahuan kemalangan/kejadian dalam tempoh 36 jam 36 hours
12
Menyediakan dan mengeluarkan resit rasmi bagi setiap transaksi pembayaran di kaunter dalam tempoh 8 minit 8 minutes

CetakEmel

Tags Cloud