mobile header ms01

  • Utama
  • Perkhidmatan
  • Aktiviti Promosi

Aktiviti Promosi

Dalam usaha Jabatan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan pekerja, majikan, dan pelanggan Jabatan; penerangan dan tunjuk ajar berkaitan dengan perundangan keselamatan dan kesihatan telah diberikan. Usaha ini dijalankan supaya semua perundangan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat difahami dan dipatuhi. Antara aktiviti promosi dan publisiti yang dijalankan oleh JKKP adalah:

  • Memberikan ceramah dan penerangan serta latihan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
  • Menganjurkan kempen dan pameran yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
  • Memberikan khidmat kepakaran berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada agensi awam, swasta, persatuan majikan dan pekerja, dan juga kumpulan profesional; dan
  • Mengumpulkan dan menyediakan maklumat yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk rujukan, pinjaman, dan sebaran.

Tags Cloud