• HUBUNGI KAMI
  • Soalan Lazim
Slider

Am

JKKP telah mengiktiraf penyedia latihan yang berupaya menyediakan latihan berkaitan dengan Peraturan CLASS termasuk pengelasan, penyediaan pelabelan dan Helaian Data Keselamatan (SDS). Senarai penyedia latihan boleh didapatkan pada pautan di bawah:

http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/persijilan/senarai-pusat-pengajar-yang-kompeten/2333-6-pusat-pengajar-peraturan-class-2013/file

Peraturan CLASS terpakai kepada bahan kimia yang dibekalkan untuk kegunaan di tempat kerja. Jika peruncit membekalkan bahan kimia berbahaya ke tempat kerja, peruncit tersebut perlu mematuhi keperluan tertentu dalam Peraturan CLASS seperti keperluan tentang pembungkusan, pelabelan dan SDS.

JKKP bertanggungjawab menguatkuasakan Peraturan CLASS yang melibatkan bahan kimia yang dibekalkan untuk kegunaan di tempat kerja sahaja. Sektor pengguna adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Bagaimanapun, sekiranya produk pengguna adalah bahan kimia yang dibekalkan untuk kegunaan di tempat kerja, ianya hendaklah mematuhi Peraturan CLASS.

Peraturan CLASS tidak terpakai kepada syarikat penghantaran/pengangkutan/perkhidmatan kiriman cepat yang hanya menghantar dan tidak membekalkan bahan kimia untuk kegunaan di tempat kerja, tidak kira sama ada syarikat tersebut memiliki atau menyewa sesebuah gudang. Bagaimanapun, jika pekerja di gudang mengendalikan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 adalah terpakai.

“Building block” GHS bagi Malaysia adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, Peraturan CLASS dan “building block” yang tidak diguna pakai oleh Peraturan CLASS hendaklah disisihkan. Mana-mana “building block” yang tidak digunakan oleh Peraturan CLASS akan dinyatakan sebagai “Tidak terkelas”.