Tergelincir dan tersadung

Apa yang anda perlu tahu

Ramai pekerja pembinaan cedera setiap tahun akibat daripada tergelincir atau tersadung semasa bekerja di tapak pembinaan.

Kebanyakan kes boleh dicegah dengan pengurusan berkesan tempat kerja dan laluan masuk yang berkesan.

Berunding dengan pekerja dapat membantu mengenalpasti perkara bermasalah dan meningkatkan pelaporan kejadian berbahaya. Setiap orang boleh membantu dalam mengurangkan tergelincir dan tersadung.

 

Apa yang anda perlu buat

Majikan hendaklah mengurus kerja supaya pekerjanya boleh bergerak dengan selamat di tapak.

Tapak haruslah dikekalkan dalam keadaan yang bersih dan tersusun supaya dapat mengurangkan kemungkinan/kebarangkalian kecederaan melalui tergelincir dan tersadung.

Setiap orang boleh membantu mengurangkan tergelincir dan tersadung di tapak. Jika anda melihat risiko, selesaikannya, atau laporkan kepada seseorang yang boleh.

Aspek utama tergelincir dan tersadung di tapak pembinaan termasuklah:

 

Permukaan tidak rata

Tergelincir dan tersadung boleh berlaku apabila pekerja berjalan di atas permukaan tidak rata. Risiko boleh dikurangkan dengan menyediakan laluan pejalan kaki yang:
• Dikhaskan dengan jelas;
• Disediakan dengan lapik yang berkeadaan baik;
• Ditanda dan disediakan pencahayaan yang mencukupi.
Pastikan pekerja memakai kasut dengan cengkaman sesuai.

 

Halangan

Tergelincir dan tersadung boleh berlaku kerana halangan, seperti bahan binaan dan sisa.
Risiko boleh dicegah dengan:
• Pengemasan – kekalkan kebersihan kawasan kerja dan simpanan;
• Penghantaran – dirancang untuk mengurangkan timbunan bahan di tapak;
• Sisa – Kawasan pengumpulan sisa ditentukan, tong pengangkut dan tong sampah disediakan jika perlu dan tanggungjawab pembersihan sisa ditetapkan.

 

Kabel berjela

Hapuskan kabel berjela dengan menggunakan peralatan tanpa wayar. Jika tidak boleh, pastikan kabel berada pada paras tinggi, terutamanya di sepanjang koridor.

 

Permukaan basah atau licin

Elakkan penggunaan permukaan yang licin atau menjadi licin apabila basah. Pastikan pekerja memakai kasut dengan cengkaman yang baik.

 

Perubahan paras

Elakkan perubahan kecil pada paras jika boleh, seperti di pintu, pertimbangkan untuk memasang tanjakan. Sekiranya boleh, gunakan tanda amaran supaya pekerja menyedari perubahan paras.

 

Rajah 1 Aspek Utama

 

Bacaan lanjut:

http://www.dosh.gov.my/index.php/en/list-of-documents/osh-info/construction-safety/e-buletin/2018-1/2916-bil-2-2018-awasi-langkah-anda/file

Cetak