Search
  • Keselamatan Tapak Bina
  • e-Buletin
Slider

e-Buletin

2019

  1. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019 telah menggantikan Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising) 1989. Sempena ini, Tapak Selamat memberi cadangan bagaimana perlaksanaan peraturan ini boleh dibuat di industri pembinaan. Tapak Selamat ini memperincikan panduan perancangan dan pelaksanaan peraturan ini kepada klien dan pembina yang terlibat dalam projek pembinaan.

    Tapak Selamat 1/2019 - Mengawal bising di tapak pembinaan

  2. Tapak Selamat ini disediakan untuk mendapat maklum balas terhadap beberapa isu utama daripada semua pemegang taruh di industri pembinaan berkenaan perlaksanaan Garis Panduan OSHCIM.

    Tapak Selamat 2/2019 - Perlaksanaan Garis Panduan OSHCIM
Sebarang maklumbalas boleh diemelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

2018

  1. Tonggak Utama Kepemimpinan KKP
    Artikel ini menerangkan 10 tonggak utama yang akan membantu majikan mencapai kepemimpinan dan penglibatan pekerja yang berjaya, sekali gus dalam menggalakkan pemilikan KKP.

    Bil 1/2018: Tonggak Utama Kepemimpinan KKP

  2. Awasi Langkah Anda
    AKKP menghendaki pembina sebagai majikan yang mewujud dan bekerja dengan risiko-risiko di tempat kerja untuk mengada dan menyenggara tempat kerja dan laluan yang selamat bagi pekerjanya dan orang lain yang bukan pekerjanya. Selamat bermaksud tiada risiko pekerja dilanggar oleh jentera, tiada risiko pekerja tersadung/ tergelincir, tiada risiko pekerja jatuh dari tempat tinggi, tiada risiko pekerja ditimpa benda jatuh dan bahaya-bahaya keselamatan yang lain, sama ada semasa pekerja bekerja atau menggunakan laluan di tapak pembinaan. Tapak Selamat ini menerangkan keutamaan persekitaran kerja yang selamat, yang menyumbang kepada 32.3% kemalangan-kemalangan yang disiasat oleh JKKP di antara tahun 2012 hingga 2016. Di penghujungnya, ianya menerangkan apa yang majikan perlu lakukan bagi memastikan tapak dan persekitaran kerja adalah selamat.

    Bil 2/2018: Awasi Langkah Anda

  3. Pelan Strategik KKP 2018-2020: Industri Pembinaan
    Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Industri Pembinaan diterangkan secara ringkas dari aspek pencapaian 2018 dan sasaran 2019.

    Bil 3/2018: Pelan Strategik KKP 2018-2020 Industri Pembinaan

2017

  1. Pencegahan Melalui Reka Bentuk

    Konsep Pencegahan melalui Reka Bentuk diterangkan bersama perlaksanaan di negara-negara terpilih di dunia. Status Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Industri Pembinaan (Pengurusan) dinyatakan.

    Bil 1/2017: Pencegahan Melalui Rekabentuk

  2. Panduan Kepada Klien

    Beberapa panduan dinyatakan secara ringkas kepada klien berdasarkan syor-syor di dalam Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Industri Pembinaan (Pengurusan) 2017.

    Bil 2/2017: Panduan Ringkas Kepada Klien Berdasarkan Garis Panduan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Industri Pembinaan (Pengurusan)

  3. Pelan Strategik Pembinaan

    Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Industri Pembinaan diterangkan secara ringkas dari aspek latar belakang, keberhasilan dan tumpuan.

    Bil 3/2017: Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan: Industri Pembinaan

2016

  1. Tangga

    Bahaya-bahaya yang biasa semasa menggunakan tangga bersama langkah kawalan diterangkan berdasarkan kehendak peraturan dan garis panduan. Isu-isu lain seperti kelulusan reka bentuk dan lukisan perancah, penggunaan notis JKJ 26 dan habuk merah dan lesu lenturan pada tali dawai juga dibincang secara terperinci.

    Bil 1/2016: Tangga

  2. Beberapa Isu Keselamatan Pembinaan

    Beberapa isu berkaitan penguatkuasaan tapak pembinaan dan kehendak perundangan (pelantikan pegawai keselamatan dan kesihatan dan kelulusan reka bentuk perancah) dijelaskan.

    Bil 2/2016: Isu-isu Semasa Dalam Pembinaan

  3. Statistik Kemalangan

    Statistik kemalangan di industri pembinaan bagi tahun 2015 dibentang dan dianalisis bersama kesan-kesan akibat perlanggaran kehendak perundangan.

    Bil 3/2016: Statistik Kemalangan

2015

  1. Peletupan di Tapak Pembinaan

    Terdapat kehendak perundangan yang spesifik, di bawah Bahagian XV, BOWECS berkenaan aktiviti peletupan di tapak pembinaan. Kontraktor dikehendaki melantik orang yang ditetapkan dan pembedil untuk memastikan operasi peletupan yang selamat.

     Bil 1/2015 : Aktiviti Letupan Di Tapak Pembinaan

  2. Mencegah Kemalangan Penyangga

    Terdapat enam perkara asas yang perlu diberi perhatian yang khusus bagi mencegah kemalangan penyangga. Enam perkara ini adalah gabungan di antara intipati kehendak perundangan dan pengajaran yang diperolehi daripada siasatan forensik kemalangan.

    Bil 2/2015 : 6 Perkara bagi Mencegah Kemalangan Formwork-Falsework

  3. Keselamatan Pengorekan

    Bahaya-bahaya yang biasa berkaitan kerja-kerja pengorekan dibentang bersama panduan praktikal berkenaan bagaimana mengawalnya. Kebanyakan kandungan ini telah diterbitkan sebagai Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Industri Pembinaan (Pengorekan) 2017.

    Bil 3/2015 : Keselamatan Pengorekan

 

Cetak Emel