mobile header ms01

  • Utama
  • Kompetensi
  • Pusat Pengajar Yang Kompeten
  • Info Pusat Pengajar Yang Kompeten

Pusat Pengajar Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

  • Berdasarkan kepada peruntukan undang-undang 29(3) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang mana menyatakan bahawa pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah di ambil kerja semata-mata bagi maksud menjamin pematuhan wajar di tempat kerja dan penggalakkan penjalanan selamat kerja di tempat kerja. Manakala di bawah peruntukan undang-undang 29(4) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang mana menyatakan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan memiliki apa-apa kelayakkan atau telah menerima apa-apa latihan yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan Warta.

    Sehubungan dengan itu, Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 telah mula dikuatkuasakan pada 22 Ogos 1997. Peraturan ini adalah bertujuan untuk memastikan majikan daripada kelas atau jenis industri yang dinyatakan di dalam Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan) 1997 mengambil kerja seorang pegawai keselamatan dan kesihatan bagi tujuan pengurusan hal-hal berkenaan keselamatan dan kesihatan tempat kerja. Tugas Pegawai Keselamatan dan Kesihatan merujuk kepada Peraturan 18 di bawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.

    Di bawah Peraturan 4 Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh bertindak sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan melainkan jika dia telah berdaftar dengan Ketua Pengarah. Ketua Pengarah ialah Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Tags Cloud