mobile header ms01

  • Utama
  • Pengurusan Kimia
  • Peraturan USECHH

Peraturan USECHH

Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 (Peraturan USECHH) ini dibangunkan untuk menyediakan kerangka perundangan untuk mengawal pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di tempat kerja.

Peraturan ini juga adalah untuk menetapkan standard pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan terhadap pekerja di tempat kerja.

Jika bahan kimia tidak tersenarai didalam Jadual I atau II tetapi dikelaskan sebagai bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dibawah Peraturan CLASS dan digunakan di tempat kerja, bahan kimia tersebut akan tertakluk di bawah Peraturan USECHH.

Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 (Peraturan USECHH)

Penaksiran Risiko Bahan Kimia kepada kesihatan (CHRA)

a. CHRA Edisi ke-3

Garis panduan ini boleh dinamakan A Manual of Recommended Practice on Assessment of the Health Risks Arising from the Use of Chemicals Hazardous to Health at the Workplace (3rd Edition), (Manual bagi Penaksiran Risiko Kepada Kesihatan yang terhasil daripada penggunaan Bahan Kimia Berbahaya di Tempat Kerja: Edisi Ketiga). Tujuan manual ini adalah untuk memberi panduan kepada pengapit untuk menjalankan penaksiran risiko kepada kesihatan yang terhasil daripada penggunaan, pengendalian, penyimpanan atau pengangkutan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di tempat kerja sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan USECHH.

Seseorang majikan tidak boleh menjalankan apa-apa kerja yang boleh mendedahkan atau mungkin mendedahkan mana-mana pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan melainkan jika dia telah membuat penaksiran bertulis mengenai risiko yang dihasilkan oleh bahan kimia kepada kesihatan pekerja.


b. Senarai Orang Yang Berdaftar CHRA (Pengapit)

Majikan perlu memastikan penaksiran risiko kimia dijalankan oleh pengapit yang berdaftar dengan Jabatan seperti yang telah disenaraikan di sini.

Penaksiran Risiko Bahan Kimia Kepada Kesihatan Secara Generic (GCHRA)

a.  Panduan Bagi Menggunapakai Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (GCHRA) 2006

Pendekatan Penaksiran Risiko Kepada Kesihatan secara generik boleh digunapakai pada tempat-tempat kerja yang mana bahan kimia berbahaya kepada kesihatan digunakan serta risiko dan langkah-langkah kawalan yang diambil adalah setara.

Dalam penaksiran risiko generik, laporan penaksiran yang telah dibuat bagi sesuatu tempat kerja boleh digunakan untuk tempat kerja yang lain jika aktiviti, risiko dan langkah-langkah kawalan adalah sama.

Penaksiran generik boleh dijalankan di tempat-tempat kerja seperti rangkaian stesen minyak, kedai makanan segera, kedai dobi, ladang getah, ladang kelapa sawit dan lain-lain lagi.

Guidelines on Generic Chemical Health Risk Assessment (GCHRA) 2006 can be downloaded Panduan Bagi Menggunapakai Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (GCHRA) 2006 boleh didapatkan di sini.

b.  Senarai Syarikat dan Tempat Kerja Yang Telah Mendapat Kelulusan Generik CHRA

Senarai syarikat yang telah berjaya mendapatkan kelulusan GCHRA adalah seperti di sini.

Garis panduan ini menyediakan maklumat lanjut mengenai cara untuk mematuhi Peraturan USECHH bagi mengawal bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dan untuk menghapuskan atau mengurangkan pendedahan sebenar atau potensi pekerja untuk bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

Di bawah Peraturan USECHH, majikan dikehendaki mengenal pasti dan mendaftar semua bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang digunakan di tempat kerja dan merekodkan dalam suatu daftar yang dikenali sebagai Daftar Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan. Panduannya adalah seperti di sini.


Garis Panduan Bagi Kawalan Bahan Kimia Berhazard Terhadap Kesihatan, 2001

Garis panduan ini menyediakan maklumat lanjut mengenai cara untuk mematuhi Peraturan USECHH bagi mengawal bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dan untuk menghapuskan atau mengurangkan pendedahan sebenar atau potensi pekerja untuk bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

Peraturan 14 (1) menetapkan kewajipan majikan untuk mengambil tindakan menghapuskan atau mengurangkan pendedahan sebenar atau kemungkinan pendedahan seseorang pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, seseorang majikan hendaklah mengambil apa-apa tindakan, yang boleh termasuk mengubah proses, amalan, tatacara kerja, loji atau kelengkapan kawalan kejuruteraan, dalam masa sebulan selepas menerima laporan penaksiran daripada pengapit.

Peraturan 14 (2) menetapkan majikan hendaklah memastikan bahawa semua langkah kawalan yang dilaksanakan di bawah subperaturan (1) mengurangkan tahap pendedahan pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan kepada tahap praktik yang terendah atau, bagi bahan kimia yang baginya telah diberikan had pendedahan yang dibenarkan, di bawah had itu. Majikan hendaklah memastikan bahawa semua sistem dan amalan kerja selamat didokumenkan, dilaksanakan dan dikaji semula apabila terdapat perubahan ketara kepada proses, peralatan, bahan atau langkah-langkah kawalan yang dipasang.

Garis panduan ini boleh didapatkan di sini.


Garis Panduan Bagi Penggunaan Kelengkapan Perlindungan Diri Terhadap Bahan Kimia Berhazard, 2005

Garis panduan ini adalah bertujuan sebagai panduan kepada majikan untuk mematuhi kehendak berkenaan dengan penggunaan alat pelindung diri yang diluluskan dan sesuai seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan USECHH. Garis panduan ini hanya terpakai kepada peralatan perlindungan diri yang berkaitan dengan perlindungan terhadap pendedahan kimia.

Garis panduan ini boleh didapatkan di sini.

Garis Panduan Bagi Penyimpanan Bahan Kimia Berhazard: Panduan Keselamatan Gudang Pembungkusan Bahan Kimia Berhazard Yang Selamat, 2005

Garis panduan ini mencadangkan cara untuk mewujudkan simpanan dan penggudangan bahan kimia yang selamat. Penyimpanan bahan kimia yang mapan boleh menyumbang kepada keselamatan dan kesihatan pekerja dan juga perlindungan kepada alam sekitar.

Garis panduan ini boleh didapatkan di sini.

Tags: Chemical Management, USECHH Regulations

CetakEmel

Tags Cloud