Peraturan CLASS

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013 (Peraturan CLASS) telah diwartakan pada 11 Oktober 2013.

Peraturan CLASS merupakan satu peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Peraturan CLASS ini bagi menggantikan Peraturan - Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997 (Peraturan CPL). Peraturan CLASS merupakan kawalan dalam bentuk perundangan untuk memastikan pembekal menyediakan maklumat yang mencukupi berkaitan bahaya bahan kimia bagi memastikan risiko kemalangan dan penyakit pekerjaan yang berkemungkinan wujud hasil daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat kerja dapat dikawal pada tahap rendah, seterusnya menyediakan suasana dan keadaan tempat kerja yang selamat dan sihat.

Di bawah Peraturan CLASS, pembekal perlu menjalankan pengelasan, pelabelan, penyediaan Helaian Data Keselamatan, pembungkusan dan penghantaran maklumat inventori bahan kimia. Dalam peraturan ini, pembekal ditakrifkan sebagai seseorang yang membekalkan bahan kimia berbahaya, dan termasuklah pembekal utama (seseorang pembekal yang merumus, mengilang, mengimport, mengitar semula atau merumus semula bahan kimia berbahaya) dan pembekal subsidiari (seseorang pembekal yang membungkus semula, mengedar atau menjual secara runcit bahan kimia berbahaya).

Peraturan CPL yang sebelum ini digunakan sebagai mekanisme kawalan pembekalan bahan kimia berbahaya ke tempat kerja di Malaysia telah mula dikuatkuasakan pada 15 April 1997. Walaupun demikian memandangkan kini Sistem Terharmoni Global Bagi Pengelasan dan Pelabelan Bahan Kimia (GHS) sedang giat dilaksanakan di seluruh dunia, Malaysia turut mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan GHS dalam sektor industri dengan pewartaan Peraturan CLASS bagi menggantikan Peraturan CPL yang sedia ada.

Maklumat lanjut:

  1. Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan Dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013
    • *Dokumen tersebut mengandungi Bahasa Melayu (muka surat 1-37) dan Bahasa Inggeris (muka surat 38-72)
  2. Tataamalan Industri Mengenai Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Hazard, 2014 [ ZIP ]    [ PDF ]
    • *Hanya versi dokumen yang dipaparkan di sini sahaja yang diterima pakai oleh JKKP
  3. Surat Pemberitahuan Pewartaan Kod Tataamalan Industri bagi Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Bahaya
  4. Senarai Pernyataan Bahaya dan Pernyataan Berjaga-jaga
  5. Senarai Piktogram Bahaya
  6. Express Labelling Self – Assessment (ELSA)
    • (Semakan kendiri terhadap label bagi mematuhi Peraturan CLASS)
  7. Laman Sesawang Sistem Pengurusan Maklumat Bahan Kimia
  8. FAQ
  9. Senarai Makmal Pengujian Bahan Kimia di Malaysia
  10. Panduan dan Carta Alir bagi Permohonan Kepada Ketua Pengarah JKKP bagi Ketidakselarasan Pengelasan di dalam Tataamalan Industri
  11. Soalan Lazim CIMS
  12. Infografik Soalan Lazim CIMS
  13. Senarai Semak Self Assessment Peraturan CLASS 2013

Tags: Chemical Management, CLASS Regulations

Cetak