Pembuat Mesin Angkat
-
Penerangan/Tanggungjawab
-
Garis Panduan
-
Permohonan
- Seksyen 29A, Akta Kilang Dan Jentera 1967 telah menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh membuat, fabrikasi, menguji, memasang, menyelenggara, merombak dan membaikpulih mana-mana jentera yang dinyatakan di dalam kecuali telah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pemeriksa.
Berdasarkan kepada perundangan di atas, setiap syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja pembuatan struktur mesin angkat hendaklah berdaftar dengan Jabatan sebagai firma yang kompeten (Pembuat Struktur Mesin Angkat) sebelum menjalankan kerja. Permohonan pendaftaran dan pembaharuan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem MySKUD. Sila log masuk melalui Single Sign On (SSO) platform dipautan http://mykkp.dosh.gov.my