mobile header ms01

  • Utama
  • Bahagian Keselamatan Industri

Bahagian Keselamatan Industri

CARTA ORGANISASI

OBJEKTIF

i.Menyemak, memproses dan meluluskan spesifikasi rekabentuk dandang stim, pengandung tekanan tak berapi, lif dan mesin angkat.  

ii.Mengawalselia perkhidmatan firma dan orang yang kompeten supaya mematuhi kehendak undang-undang dan peraturan yang ditetapkan melalui perkhidmatan pendaftaran, pemantauan dan pembaharuan pendaftaran.
 
 
 

SEKSYEN PEPERIKSAAN, PERSIJILAN DAN PENGIKTIRAFAN

A. UNIT PENGIKTIRAFAN

  • Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau syarikat Pembuat DandangStim, Pengandung Tekanan Tak Berapi dan Mesin Angkat Tempatan.
  • Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau syarikat pemasang, Penyenggara Dan Permeriksa Lif Penumpang dan Barang, Eskalator dan “Dumbwaiter”.
  • Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau syarikat pemasang, penyenggara dan perombak Kren Menara, “Passenger and Good Hoist” dan Gondola.
  • Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau syarikat Kontraktor Gas, Pemasangan Talian Paip, Retikulasi/Penyeliratan dan Stesen Memeter.
  • Memproses permohonan pendaftaran dan memantau Badan Kuasa Memeriksa PKJ (Dandang Stim dan Pengandung Tekanan Tak Berapi) 1970 luar dan dalam Negara.

B. UNIT PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN

  • Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau Orang Yang Kompeten (OYK) seperti Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, Orang Yang Kompeten Lif dan Orang Bertanggungjawab firma EMD.  
  •  Memproses permohonan baru, pembaharuan dan memantau pusat pengajar kursus seperti Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) (peringkat Sijil, Diploma, Sarjana, Sarjana Muda, Sarjana), Operator Kren dan Pengendali Perancah.
  • Mengendali peperiksaan bertulis/lisan bagi Orang Yang Kompeten (OYK).
  • Memproses permohonan pendaftarandan memantau Program Pendidikan Berterusan CEP.
  • Menyedia dan mengemas kini sukatan peperiksaan dan skema penilaian untuk pengiktirafan OYK/OYB.
  • Memproses permohonan untuk menduduki peperiksaan perakuan kebolehan jurutera stim/EPD/Ketua Kapal Korek Gred 1 & 2
  • Mengendalikan peperiksaan perakuan kebolehan Jurutera Stim/EPD/Ketua Kapal Korek Gred 1 & 2
  • Memproses keputusan peperiksaan perakuan kebolehan Jurutera Stim/EPD/Ketua Kapal Korek Gred 1 & 2
  • Menyelaras mesyuarat panel peperiksaan perakuan kebolehan Jurutera Stim/EPD/Ketua Kapal Korek Gred 1 & 2
  • Membangunkan modul, silibus dan soalan peperiksaan perakuan kebolehan Jurutera Stim/EPD/Ketua Kapal Korek Gred 1 & 2

SEKSYEN REKABENTUK

A. UNIT DANDANG STIM (DS)

  • Memproses permohonan kelulusan rekabentuk, ubahsuai, pengecualian di bawah peraturan ke atas jentera dandang stim, dandang air panas, pemanas minyak menggunakan koda-koda rekabentuk piawai seperti BS2790, AS1270, AD-Merkblatter, BS1113, ASME SEC 1, ASME SEC VIII, ASME SEC IV dan lain-lain.

B. UNIT
PENGANDUNG TEKANAN TAK BERAPI (PTTB)

  • Memproses permohonan kelulusan rekabentuk, ubahsuai, pengecualian di bawah peraturan ke atas pengandung tekanan tak berapi menggunakan koda-koda rekabentuk piawai seperti ASME Sek. VIII, BS5500, TEMA, AD-Merkblatter dan lain-lain seperti "pressurised Reactor", "LPG SPhere Tank", "Column", "Heat Exchanger" dan lain-lain.

C. UNIT LIF


  • Memproses permohonan kelulusan rekabentuk, ubahsuai, pengecualian di bawah peraturan ke atas lif penumpang, lif barang, eskalator dan "dumbwaiter" menggunakan koda-koda rekabentuk piawai seperti MS2021, EN81, EN115 dan PKJ (LP&B) 1970.

D. UNIT MESIN ANGKAT (MA)

  • Memproses permohonan kelulusan rekabentuk dan ubahsuai ke atas mesin angkat menggunakan koda-koda rekabentuk piawai seperti BS466, BS 2573 dan lain-lain "quay cane", "beam launcher", "overhead travelling crane", "mobile crane", “amusement rides device” dan dan lain-lain.
 
 
 

CetakEmel

Tags Cloud