Kemalangan Kren Menara Akibat Kegagalan Pin Penyambung Counter Jib Platform


ve bkf 0416

Satu Kemalangan melibatkan kren menara telah berlaku di sebuah tapak pembinaan. Dalam kejadian ini dua ( 2 ) batang pin penyambung ( connection pin ) di antara bahagian platform counter jib dan bahagian slew table telah patah . Ini telah menyebabkan platform counter jib tercabut atau tertanggal dari sambungan tersebut lalu terjatuh dari kedudukkan asalnya. Namun ia masih tersangkut pada bahagian sambungannya kerana masih terdapat dua ( 2 ) lagi pin penyambung yang memegang struktur counter jib platform tersebut . Platform counter jib yang telah tercabut dan terjatuh telah menarik struktur A frame dan boom kren ke arah belakang ( arah counter jib ) . Ini menyebakan boom kren menjadi overluff dan beban counterweight didapati telah terjatuh di atas lantai pembinaan. Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa yang berlaku dalam kemalangan ini.

Tindakan atau Langkah Pencegahan :

    1. Kren menara perlulah diperiksa termasuk komponen pin penyambung oleh orang yang betanggungjawab sebelum ia dipasang dan dikendalikan.
    2. Pin penyambung yang digunakan haruslah memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak pembuat kren menara dari segi bahan , kekuatan dan spesifikasi rekabentuknya.
    3. Hanya jenis dan gred pin penyambung yang betul sahaja boleh digunakan apabila membuat penyambungan di mana-mana bahagian kren menara.
    4. Pin penyambung yang digunakan untuk menyambung mana-mana bahagian kren menara hendaklah serasi dengan komponen kren dan tidak mengalami sebarang kerosakkan.
    5. Pemasangan pin penyambung hendaklah memenuhi manual arahan yang disediakan oleh pembuat kren menara. Pemasangannya hendaklah dilakukan oleh orang yang bertanggungjawab.
    6. Pemeriksaan visual ke atas pin penyambung dan peranti mengunci hendaklah dilakukan secara berkala untuk memastikan semua pin penyambung dan peranti mengunci berada pada kedudukan yang betul , selamat , serta dalam keadaan fizikal yang baik dan tanpa sebarang kerosakkan. Pemeriksaan visual hendaklah dilakukan mengikut arahan pengilang kren menara dan oleh orang yang bertanggungjawab.
    7. Sekiranya terdapat sebarang kerosakkan atau keadaan yang tidak selamat pada pin penyambung , tindakan pembaikkan perlu di ambil dengan serta merta sebelum berlakunya kegagalan pada pin penyambung.
    8. Pemeriksaan pencegahan, program penyelenggaraan dan ujian akan membantu memastikan kren adalah selamat untuk digunakan. Pemeriksaan dan penyelenggaraan perlu dilakukan mengikut arahan pengilang atau mengikut piawaian teknikal yang berkaitan dan prinsip-prinsip amalan kejuruteraan yang baik.
 Rujukan:
    1. Guidelines For Public Safety and Health at Construction Sites, JKKP Malaysia.
    2. Code Of Practices for Safe Use Of Tower Crane , Second Edition. Occupational Safety and Health Branch , Labour Of Department,HK.
    3. Safe Work Australia , Guide to Tower Cranes.

 

Cetak