Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2011
  • Kejadian Boiler Bulging Di Hotel Equatorial, Hotel Bangi
Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2011
  • Kejadian Boiler Bulging Di Hotel Equatorial, Hotel Bangi

Kejadian Boiler Bulging Di Hotel Equatorial, Hotel Bangi

Safety alert ini ditulis bagi memberi kesedaran kepada umum, orang yang kompeten, para pekerja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penggunaan, pengendalian dan penjagaan dandang stim akan kejadian berbahaya yang melibatkat seunit dandang stim yang diguna oleh sebuah hotel di sekitar Bandar Baru Bangi. Kejadian ini berlaku berkemungkinanan disebabkan oleh beberapa punca seperti low water, furnace nozzle missalignment, dan juga pembentukan scales pada dinding furnace dibahagian air serta tidak diselenggaran dengan betul dan prosedur keselamatan dan pengendalian yang telah ditetapkan oleh JKKP tidak dipatuhi dengan baik. Tanggungjawab orang yang kompeten bagi menjaga jentera ini amat penting diambil perhatian oleh pihak majikan dan juga pegawai keselamatan dan kesihatan bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang. Walaupun, penjaga dandang setim berdaftar[orang yang kompeten] adalah bertanggungjawab sepenuhnya keatas dandang setim yang beroperasi, namun pemantauan dari pihak majikan dan pegawai keselamatan dan kesihatan akan sama-sama memastikan segala prosedur serta langkah keselamatan telah dipatuhi daripada semasa ke semasa.

bkf03 bkf03

Gambar 1: Fenomena Bulging yang berlaku di bahagian dalam relau dandang[boiler furnace]

Langkah-langkah pencegahan

  1. Kejadian seperti ini boleh berlaku jika air yang digunakan oleh dandang stim tidak menggunakan kaedah perawatan air yang betul dan ini boleh mengakibatkan pembentukan scale layer pada permukaan furnace di bahagian water side.Maka arahan dalam laporan makmal daripada majikan atau firma yang menjalankan rawatan akhir hendaklah diteliti dan dipatuhi oleh penjaga dandang setim.
  2. Kejadian sebegini biasanya akibat fenomena pemanasan setempat atau localised heating, dimana pemindahan haba dari bahagian furnace kepada air melalui dinding keluli berlaku dengan kadar yang lebih tinggi daripada biasa pada sesuatu kawasan. Ini boleh disebabkan seperti berikut semasa punca api menumpu pada sesuatu titik tersebut atau pada kawasan tersebut:
    1. Tiada media yang menerima pemindahan haba dari furnace (contohnya kawasan yang mengalami low water);
    2. Pembentukan scale layer yang menghalang pemindahan haba terus dari relau[furnace] kepada air menyebabkan haba bertumpu pada kawasan yang terbentuknya lapisan scale;dan
    3. Misalignment pada burner nozzle yang mengakibatkan semburan api menumpu pada satu titik.
    Oleh itu diharap agar pihak majikan dan pekerja haruslah sentiasa menjalankan pemantauan dan penyelenggaraan berkala keatas dandang stim.
  3. Penjaga dandang setim hendaklah menguji semua peranti keselamatan seperti tolok air,kawalan Mobrey,blowdown valve, burner cut-off, safety valves, feedwater pump, pressure cut-off switch semasa dandang setim dijalankan dan melapurkan sebarang kerosakan kepada majikannya.

bkf03

Rajah 1: Kejadian low water yang boleh mengakibatkan berlakunya fenomena bulging

bkf03

Rajah 2: Miss-alignment menyebabkan overheating

bkf03

Rajah 3: Pembentukan scale layer pada dinding relau dandang dibahagian air akan menyebabkan fenomena bulging

Cetak Emel