• Arkib Berita
  • 2016
  • Lima cedera jambatan konkrit runtuh - Utusan Online
Slider

Lima cedera jambatan konkrit runtuh - Utusan Online

Utusan Online, 30 November 2016

news uo 11216

Sebuah jambatan konkrit yang sedang dalam pembinaan di KL Eco City di Kampung Abdullah Hukum, Jalan Bangsar di sini runtuh hari ini. - GAMBAR MEDIA SOSIAL

 

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Sebanyak lima orang pekerja binaan cedera parah selepas sebuah jambatan konkrit yang dalam pembinaan di KL Eco City di Kampung Abdullah Hukum, Jalan Bangsar di sini runtuh hari ini.

Empat daripada mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba manakala seorang lagi dipercayai masih tersepit di bawah runtuhan itu.



Jurucakap dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, setakat ini usaha bagi mengeluarkan dua mangsa masih dijalankan dan mereka yang dikeluarkan telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan. - UTUSAN ONLINE

Cetak Emel