• Arkib Berita
  • 2016
  • Maut cuci tangki gas. - Berita Harian Online
Slider

Maut cuci tangki gas. - Berita Harian Online

Berita Harian Online, 25 Oktober 2016

 

KERTEH: Seorang pekerja kontrak maut manakala dua rakannya selamat selepas terhidu gas ketika melakukan membersihkan sebuah tangki di kawasan industri minyak dan gas di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali Mohd Marwan Mustafa Afandi, 35, manakala identiti dua lagi rakannya masih belum diketahui.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika pekerja kontrak terbabit sedang membersihkan sebuah tangki.

Beberapa pekerja lain yang menyedari kejadian itu memaklumkan kepada pihak pentadbiran syarikat sebelum mereka diberi bantuan.

Dua mangsa yang selamat dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut manakala jenazah Mohd Marwan dibawa ke Unit Forensik hospital yang sama.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Cetak Emel