• Arkib Berita
  • 2016
  • Lelaki maut dalam letupan di sebuah stesen minyak di JB. - Kosmo Online
Slider

Lelaki maut dalam letupan di sebuah stesen minyak di JB. - Kosmo Online

Kosmo Online, 25 Oktober 2016 

 

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut dalam kejadian letupan dipercayai berpunca daripada tangki gas asli untuk kenderaan (NGV) di sebuah stesen minyak di Taman Mount Austin, di sini, petang ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Johor Bahru Lt (PA) Mohd Aziz Jupri berkata mangsa, Mohd Faizal Mazlan, 33, pekerja stesen minyak berkenaan dipercayai berada berhampiran dengan tangki berkenaan ketika ia meletup.

Beliau berkata panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.01 petang dan seramai 13 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) beserta sebuah ambulans, sebuah Toyota Hilux dan dua motor dikejarkan di tempat kejadian.

"Belum dapat dipastikan lagi punca, masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat...kita dapati tangki NGV meletup," katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa oleh pihak polis ke Hospital Sultan Ismail. - Bernama

Cetak Emel