Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Maut dihempap kontena
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Maut dihempap kontena

Maut dihempap kontena

Harian Metro, 5 Januari 2014

 

Nilai: Seorang pemandu muat apabila kontena mengandungi barangan elektronik tergolek sebelum menghempap kepala lori, menyebabkan mangsa tersepit diruang memunggah barang di sebuah kilang di kawasan Peindustrian Nilai7, disini kemarin.

Dalam Kejadian jam 3.30 petang, B Gobalan, 44, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Sumber polis berkata, mangsa yang lebih 10 tahun bekerja memandu lori itu dan memunggah barangan elektronik dengan menurunkan kontena.

Katanya, ketika membuat pusingan dan kontena ditekan untuk dinaikkan, tiba-tiba ia bergolek dan menghempap kepala lori.

"Ketika kejadian, mangsa berada di dalam lori.

"Akibatnya, mangsa cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian,"katanya.

Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Taman Indah Jaya, Lukut dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Abang mangsa, B Paramasivam, 53, yang ditemui di hospital semalam ketika menuntut mayat, tidak menyangka insiden itu meragut nyawa adiknya.

Katanya, mangsa seorang yang berhati-hati namun insiden itu tidak diduga.

"Kami menerima kematian  adik dengan hati terbuka," katanya.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Cetak Emel