mobile header ms01

  • Utama
  • Mengenai JKKP
  • Perutusan KP

Perutusan Ketua Pengarah: YBhg. Dato’ Ir. Mohtar bin Musri

kpjkkp2014Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia.

Jabatan merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam mentadbir, mengurus dan menguatkuasakan perundangan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Negara ini dengan wawasan membudayakan setiap pekerjaan yang dijalankan adalah selamat dan sihat.

Penyampaian informasi melalui alam siber yang berkembang luas tanpa sempadan membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan maklumat lebih cepat, tepat dan berkesan. Pewujudan laman web rasmi Jabatan ini merupakan pemudah cara bagi menyalurkan maklumat selain meningkatkan komunikasi dua hala di antara Jabatan dan masyarakat.

Melalui laman web ini juga, para pengunjung juga boleh memuat turun Akta, Peraturan, Tataamalan Industri dan Garispanduan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Jabatan juga mengambil inisiatif dalam menyediakan perkhidmatan atas talian seperti:

i. e-serahan bagi permohonan kelulusan reka bentuk
ii. e-pembayaran bagi pembayaran dan muat turun CF
iii. e-borang bagi memudahkan pemohon untuk mengisi borang secara softcopy
iv. e-aplikasi sebagai aplikasi untuk OSH Accident Cost Calculator (OSHACC)
v. e-status untuk semakan keputusan dan
vi. e-pelaporan untuk memudahkan mendapatkan borang pemberitahuan

Laman web ini disusun untuk menjadi sumber rujukan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mengandungi bahan-bahan seperti koleksi ucapan, video, Laporan, poster dan statistik yang relevan serta huraian ringkas mengenai peranan Jabatan dan bahagian di dalam Jabatan.

Adalah menjadi harapan Jabatan agar laman web rasmi ini menjadi salah satu sumber rujukan dalam penyebaran maklumat kepada rakyat Malaysia. Sebarang maklum balas, pandangan dan saranan boleh diajukan agar laman web ini lebih berkesan dan bermanfaat.

Sekian, terima kasih.

 
YBhg. Dato’ Ir. Mohtar bin Musri 
Ketua Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia
Kementerian Sumber Manusia

Tags Cloud