Dasar Kualiti

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan komited dalam memastikan serta mempertingkatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja dengan menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan melalui pelaksanaan sistem pengurusan kualiti.

Pihak Pengurusan JKKP akan memastikan:

  • Kualiti memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. 
  • Kualiti dikawal dan dipertingkatkan pada setiap peringkat pengurusan organisasi.
  • Semua keperluan kualiti dipatuhi. 
  • Intergriti sistem pengurusan kualiti dipelihara apabila peningkatan berterusan sedang dijalankan. 
  • Keberkesanan pengurusan sistem kualiti dikenal pasti.
  • Objektif kualiti sentiasa disemak dan dinilai semula. 
  • Kualiti difahami dan disampaikan kepada setiap kakitangan dan menjadi teras amalan budaya JKKP.  

Polisi Kualiti ini akan dimaklumkan kepada kakitangan melalui media yang sesuai.
 

Cetak