Anugerah Cemerlang Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2015

Pengenalan
Majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2015 dianjurkan oleh Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dibawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia. Majlis anugerah ini diadakan setiap tahun bertujuan bagi memberi pengiktirafan kepada organisasi dan individu yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta prestasi cemerlang didalam perlaksanaan sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ditempat kerja mereka.

Pengiktirafan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan tempat kerja di Malaysia selamat dan sihat serta bagi menjadikan amalan kerja yang selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.

Kategori Anugerah
Anugerah adalah terbuka bagi penyertaan kepada pelbagai industri di Malaysia. Terdapat lima (5) kategori utama yang diberikan kepada organisasi yang menunjukkan rekod pencapaian yang cemerlang dalam perlaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kategori anugerah adalah seperti berikut :-

  1. Anugerah Tempat Kerja
    1. Anugerah Pengilangan Industri Besar - Kategori Elektrik/Elektronik;
    2. Anugerah Pengilangan Industri Besar - Kategori Petroleum/Gas/Kimia;
    3. Anugerah Pengilangan Industri Besar - Kategori Lain-lain Pengilangan;
    4. Anugerah Perusahaan Kecil dan Sederhana (Definasi Jumlah Jualan Tahunan Syarikat Tidak Melebihi RM50Juta Atau Bilangan Pekerja Sepenuh Masa Tidak Melebihi 200 orang);
    5. Anugerah Perlombongan Dan Penguarian;
    6. Anugerah Pembinaan;
    7. Anugerah Pertanian;
    8. Anugerah Perhutanan;
    9. Anugerah Perikanan;
    10. Anugerah Kemudahan (pembekalan letrik);
    11. Anugerah Kemudahan (air);
    12. Anugerah Kemudahan (gas);
    13. Anugerah Kemudahan (kebersihan);
    14. Anugerah Pengangkutan (pengangkutan awam, bas, udara & keretapi);
    15. Anugerah Penyimpanan (gudang penyimpanan);
    16. Anugerah Komunikasi (komunikasi, satelit & `internet services provider’);
    17. Anugerah Perdagangan Borong Dan Runcit;
    18. Anugerah Hotel Dan Restoran;
    19. Anugerah Kewangan, Insurans dan Harta Tanah;
    20. Anugerah Perkhidmatan Perniagaan; dan
    21. Anugerah Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan
  2. Anugerah Tokoh (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
  3. Anugerah Media
  4. Anugerah Wartawan
  5. Anugerah Mentor-Mentee
  6. Anugerah Sekolah (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
  7. Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

Syarat-Syarat Penyertaan

  1. Semua penyertaan adalah percuma dan pencalonan mestilah menggunakan Borang Penyertaan Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2015 yang telah ditetapkan.
  2. Borang pencalonan hendaklah dikemukakan bersama dengan profil syarikat/individu.
  3. Borang penyertaan dan dokumen sokongan hendaklah sampai ke Pejabat Sekretariat Majlis Negara sebelum atau pada tarikh tutup yang telah ditetapkan.

Muat Turun

  1. icon Borang dan Panduan Penyertaan Anugerah 2015
  2. icon Borang Senarai Semak

Tarikh Tutup Penyertaan

Sila kemukakan borang penyertaan dan dokumen sokongan kepada:

Setiausaha,
Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
(Kementerian Sumber Manusia)
d/a Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
Aras 4, Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 WP Putrajaya

Telefon : +603-88865000
Faks : +603-88892354

Semua borang penyertaan dan dokumen sokongan hendaklah sampai sebelum atau pada 29 Mei 2015. (tertakluk kepada pindaan)

Sekiranya ada kemusykilan, sila berhubung dengan pegawai berikut:

  1. En. Pavintheran a/l Kandasamy (03-8886 5265 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  2. En. Suhaidy bin Latip (03-8871 1321 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  3. En. Anuksin a/l Eh Klim (03-8871 1241 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  4. En. Lee Kem Seng (03-8886 5271 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  5. Pn. Nor Roslinda binti Mat Zan (03-8886 5696 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Cetak