Seminar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Industri Kecil dan Sederhana 2011

 

OBJEKTIF :

Statistik kemalangan industri menunjukkan bahawa sektor Industri Kecil dan Sederhana merupakan penyumbang utama terhadap kes kemalangan di tempat kerja yang tinggi di Malaysia. Seminar KKP di Industri Kecil dan Sederhana 2011 akan diadakan bagi menangani isu ini serta bagi mempertingkatkan tahap kesedaran berkenaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Di samping itu, seminar ini dapat memberi kesedaran kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dengan Industri Kecil dan Sederhana mengenai kepentingan pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja.

Tarikh : 17 November 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Institut KWSP (ESSET),Bangi, Selangor
** Penyertaan PERCUMA dan TERHAD 350 orang peserta **
Klik SINI untuk mendaftar.
Klik SINI untuk Semakan Pendaftaran Peserta.

 

SIAPA YANG PATUT HADIR :

Peserta yang dijemput adalah daripada Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang terdiri daripada wakil majikan dan pekerja daripada pelbagai industri dari Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Untuk Maklumat Lanjut :

SEKRETARIAT

Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 2,3,4 Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya

Faks: 03-8889 2354
En. Pavin (03-8886 5265 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Pn. Sharifah Nurol (03-8886 5337 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

{phocadownload view=file|id=791}
{phocadownload view=file|id=806}
{phocadownload view=file|id=807}

Cetak