Akses Kurang Upaya W3C

{vozmestart right}

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menyediakan kemudahan untuk membantu mereka yang memerlukan sedikit ubahsuai kepada kandungan laman ini supaya dapat dibaca dalam keadaan yang terbaik. Ini untuk memenuhi matlamat W3C Web Accessibility Initiative (WAI) yang mana untuk menjadikan laman web boleh diakses oleh Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian.

Antara kemudahan yang disediakan pada masa ini ialah :

1. Pengubah saiz tulisan - Ubah saiz tulisan menjadi lebih besar atau menjadi lebih kecil untuk memudahkan bacaan anda. Anda boleh menjumpainya pada penjuru atas-kanan di bawah 'banner', disebelah kotak carian.

2. Pemilihan warna - Tukar warna tema laman untuk memudahkan bacaan mereka yang mempunyai masalah penglihatan ataupun buta warna. Pilihan terdapat pada penjuru atas 'banner' sebelah kiri, bersebelahan dengan pilihan bahasa.

3. Pembaca teks - Membaca teks yang terdapat di dalam laman web ini, terutamanya ucapan, berita serta beberapa lagi kandungan yang lain. Pembaca teks tersebut akan menghasilkan bunyi yang dijana secara automatik supaya mereka yang tidak dapat membaca dengan jelas maklumat yang dipaparkan dapat mendengarnya. Anda boleh, samada menggunakan:

(a) Pautan ke pembaca teks luaran - Semasa melayari laman ini, anda akan menemui ikon sound.png pada penjuru-atas kanan kotak kandungan tersebut. Klik padanya dan satu tetingkap baru akan muncul. Sila tunggu sebentar sementara laman tersebut sedang di'load'. Anda boleh mendengar suara pembaca teks sejurus selepas ianya selesai dijana. Sila ambil perhatian bahawa ini ialah sebuah aplikasi luaran dan dihos pada pelayan luaran serta merupakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Masa menunggu akan menjadi lebih lama sekiranya teks yang hendak diproses lebih panjang. Sila ambil perhatian juga, bahawa sebutan yang terhasil tidaklah sesempurna ucapan manusia dan buat masa ini ia hanya menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.

atau

(b) IE Page Reader - Dapatkan IE Page Reader di sini. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows 2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini. Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech engine . Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik di sini.

{vozmeend}

Cetak