Search
  • FAQs
Slider

SSI

SSI adalah satu skim pemeriksaan khas berasaskan risiko di mana tempoh skim adalah selama 150 bulan dan sijil perakuan kelayakan sehingga 75 + 75 bulan boleh diberikan kepada pihak pengilang yang mempunyai jentera bertekanan berasaskan masa. Peraturan SSI telah dikuatkuasakan pada 1 Jun 2014 dan penyertaan daripada industri adalah secara sukarela

Semua industri boleh memohon SSI. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis, disertakan dengan fi pemprosesan sebanyak RM 50 ribu dan dihantar kepada pihak JKKP sekurang kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh sijil kelayakan.

Selepas permohonan diterima dari industri, pihak JKKP akan membuat audit ke atas sistem RBI di premis pemohon berdasarkan Bahagian 3 Peraturan SSI. Jika semua kehendak dalam Bahagian 3 Peraturan SSI dipatuhi maka pemohon akan diberikan sijil SSI selama 150 bulan untuk jentera–jentera di dalam senarai yang dipohon sahaja. Pemeriksaan dalaman akan dilakukan oleh pejabat negeri dengan sijil perakuan kelayakan paling maksimum boleh diberikan sehingga 75 bulan.

Tidak boleh. Seksyen 14(a) Peraturan SSI menyatakan: perlu sekurang-kurangnya data dari tiga turnaround iaitu 1 pemeriksaan permulaan dan 2 pemeriksaan ulangan atau 14(c): Jika data RBI tidak diambil semasa sekurang-kurangnya 3 turnaround tersebut, maka pemohon boleh mengambil data setiap enam bulan dengan tempoh tidak kurang dari lapan belas bulan. Menggunakan apa apa cara lain sebagaimana ditentukan oleh ketua pemeriksa.

Tidak boleh. Satu skim untuk satu alamat sahaja. Tetapi jika berbagai plant di dalam alamat yang sama boleh didaftarkan di dalam satu skim.

Metodologi sama tetapi penambahbaikan versi RBI adalah dibenarkan. Penukaran dari satu metodologi ke metodologi lain adalah tidak dibenarkan.

Nama   No. Sambungan   
E-mel
Othman bin Jalil 5337

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Shafiee bin Abdollah 2370

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Muhammad Taufik bin Mustapa   5336

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Ahmad Shah Heermie bin Abu Bakar   5341

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kumaran a/l Shanmugam 5298

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.