Breadcumb Caption
  • Perutusan KP Sempena Tahun Baru 2018
Breadcumb Caption
  • Perutusan KP Sempena Tahun Baru 2018

PERUTUSAN KETUA PENGARAH JKKP MALAYSIA SEMPENA TAHUN BARU 2018

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera & Salam Negaraku Malaysia.
 
Warga JKKP yang dikasihi sekalian.
 
Dikesempatan ini, marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana di atas rahmat-Nya dapatlah kita menyambut tahun baru 2018 ini. Alhamdulillah kita telah diberikan peluang untuk menjalankan dan menunaikan amanah dan tanggungjawab kita ke arah memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat.
 
Dalam menongkah lembaran tahun 2018 ini, saya ingin mengajak kita mengimbas kembali kepada apa yang telah Jabatan lalui pada tahun 2017. Pelbagai insiden dan tragedi berlaku seperti kemalangan di tapak pembinaan dan juga kemalangan melibatkan orang awam. Selain itu juga isu melibatkan integriti Pegawai JKKP juga mendapat perhatian pelbagai pihak. Walaubagaimanapun, kita berjaya menangani dan mengatasi cabaran dan dugaan ini sebaik mungkin. Oleh yang demikian, saya menyeru agar kita semua perlu menjadikan cabaran ini sebagai medan cetusan refleksi bagi memperbaiki dan menambah baik kelompangan dan kelemahan yang ada.
 
Tahun 2018 dijangka akan lebih mencabar dengan ekspektasi yang tinggi yang diletakkan oleh pihak berkepentingan (stakeholder) terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan. Selain itu, peningkatan kemalangan di sektor berisiko tinggi juga amat membimbangkan. Jesteru, jalan penyelesaian yang segera perlu dicari bagi menangani masalah ini dan usaha berterusan bagi mencegah kemalangan harus dipertingkatkan. Penguatkuasaan ke atas sektor yang berisiko tinggi ini haruslah dijalankan berteraskan program dan inisiatif di bawah Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (2016-2020)Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Tapak Bina dan juga Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Industri Kecil & Sederhana.
 
Akhir bicara dengan semangat tahun baru marilah kita seluruh warga JKKP mempertingkatkan keazaman, usaha, disiplin dan integriti agar kita dapat memastikan Jabatan terus relevan dalam memacu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ke arah Negara Maju dan mencapai matlamat ‘Zero Accident
 
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2018
 
Sekian, terima kasih.
 
YBhg. Dato’ Ir. Mohtar bin Musri.
Ketua Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia

Print Email