mobile header en02

  • Main
  • Penyertaan Anugerah Cemerlang KKP 2018

Pencalonan Anugerah Cemerlang Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018

Pengenalan
Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018 dianjurkan oleh Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bersama dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Majlis anugerah ini diadakan setiap tahun bertujuan bagi memberi pengiktirafan kepada organisasi dan individu yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta prestasi cemerlang didalam perlaksanaan sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ditempat kerja mereka.

Pengiktirafan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan tempat kerja di Malaysia selamat dan sihat serta bagi menjadikan amalan kerja yang selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.

Kategori Anugerah
Anugerah adalah terbuka bagi penyertaan kepada pelbagai industri di Malaysia. Terdapat lapan (8) kategori utama yang diberikan kepada organisasi dan individu yang menunjukkan rekod pencapaian yang cemerlang dalam perlaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kategori anugerah adalah seperti berikut :-

  1. Anugerah Tempat Kerja
    1. Anugerah Pengilangan Industri Besar - Kategori Elektrik/Elektronik;
    2. Anugerah Pengilangan Industri Besar - Kategori Petroleum/Gas/Kimia;
    3. Anugerah Pengilangan Industri Besar - Kategori Lain-lain Pengilangan;
    4. Anugerah Perusahaan Kecil dan Sederhana (Definasi Jumlah Jualan Tahunan Syarikat Tidak Melebihi RM50Juta Atau Bilangan Pekerja Sepenuh Masa Tidak Melebihi 200 orang);
    5. Anugerah Perlombongan Dan Penguarian;
    6. Anugerah Pembinaan;
    7. Anugerah Pertanian;
    8. Anugerah Perhutanan;
    9. Anugerah Perikanan;
    10. Anugerah Kemudahan (pembekalan letrik);
    11. Anugerah Kemudahan (air);
    12. Anugerah Kemudahan (gas);
    13. Anugerah Kemudahan (kebersihan);
    14. Anugerah Pengangkutan (pengangkutan awam, bas, udara & keretapi);
    15. Anugerah Penyimpanan (gudang penyimpanan);
    16. Anugerah Komunikasi (komunikasi, satelit & `internet services provider’);
    17. Anugerah Perdagangan Borong Dan Runcit;
    18. Anugerah Hotel Dan Restoran;
    19. Anugerah Kewangan, Insurans dan Harta Tanah;
    20. Anugerah Perkhidmatan Perniagaan; dan
    21. Anugerah Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan
  2. Anugerah Tokoh (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
  3. Anugerah Media
  4. Anugerah Wartawan
  5. Anugerah Mentor-Mentee
  6. Anugerah Sekolah (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
  7. Anugerah Institut Pengajian Tinggi (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) – Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) atau IKBN; dan
  8. Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

Syarat-Syarat Penyertaan

  1. Semua penyertaan adalah percuma
  2. Semua penyertaan mestilah menggunakan Borang Penyertaan Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018 yang telah ditetapkan.
  3. Borang penyertaan hendaklah sampai ke Pejabat JKKP Negeri atau Pejabat Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sebelum atau pada tarikh tutup yang telah ditetapkan.

Keputusan Penerima Hadiah

  1. Penilaian terakhir bagi penerima anugerah akan diputuskan oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  2. Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018 dijangka akan diadakan pada akhir tahun 2018 samada di Kuala Lumpur / Putrajaya.
  3. Semua keputusan penilaian adalah sulit dan muktamad. Sebarang permohonan rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemenang-pemenang akan dimaklumkan secara lisan atau melalui surat/emel sebelum majlis penyampaian tersebut.

Muat Turun

  1. Panduan dan Borang Penyertaan Anugerah Cemerlang KKP 2018
  2. Borang Senarai Semak

Tarikh Tutup Penyertaan

Semua borang penyertaan dan dokumen sokongan hendaklah sampai sebelum atau pada 30 April 2018 (tertakluk kepada pindaan) terus kepada Pejabat JKKP Negeri.

Sekiranya ada kemusykilan, sila berhubung dengan pegawai berikut:

  1. En. Pavintheran a/l Kandasamy (03-8886 5265 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
  2. Pn. Norliza binti Abu Othman (03-8889 5264/ This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
  3. En. Anuksin a/l Eh Klim (03-8871 1241 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
  4. En. Mat Zawawi bin Zakaria (03-8889 5264 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
  5. En. Lee Kem Seng (03-8886 5271 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
  6. Pn. Nor Roslinda binti Mat Zan (03-8886 5696 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

Tags Cloud