Breadcumb Caption
  • Pemilihan Logo EKSA JKKP Ibu Pejabat
Breadcumb Caption
  • Pemilihan Logo EKSA JKKP Ibu Pejabat

PEMILIHAN LOGO EKSA JKKP IBU PEJABAT

Dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa EKSA di JKKP Ibu Pejabat telah pun menyediakan 4 logo semasa bengkel EKSA yang diadakan pada 6 Jun 2017. Sehubungan itu, semua warga JKKP Ibu Pejabat dijemput untuk memilih logo yang terbaik untuk dijadikan sebagai logo EKSA JKKP Ibu Pejabat.

 

{mijopolls 20}

 LOGO EKSA Kumpulan 1
1.  LogoEKSAKump1  

JKKP: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Hitam: Melambangkan Mutu dan Keunggulan Jabatan

Putih: Melambangkan Persekitaran Bersih, Suci dan Sihat

Hijau: Melambangkan Nilai – nilai murni yang positif serta peka terhadap persekitaran

Kilang: Melambangkan Imej dan personaliti Jabatan

5 Bumbung Kilang : Melambangkan Elemen 5S – Sisih, Sapu, Susun, Seragam dan Sentiasa amal

3 daun: Melambangkan paksi Kreatif dan Inovatif serta percambahan buah fikiran yang berteraskan
Amalan Hijau dan Imej Koporat.

Slogan: Persekitaran kondusif menjana transformasi minda

LOGO EKSA Kumpulan 2
 2. LogoEKSAKump2

 

Jata: Identiti jabatan

Daun Hijau: Komitmen untuk melaksanakan agenda Go-Green

Plug Elektrik: Komitmen untuk melaksanakan agenda penjimatan tenaga

Warna-warni EKSA: Keceriaan warga kerja jabatan

LOGO EKSA Kumpulan 3
3.  LogoEKSAKump3  

Anak panah hijau: Melambangkan halatuju dan matlamat warga JKKP

Kuning: melambangkan keazaman mencipta idea-idea kreatif dan inovatif

Oren: melambangkan nilai murni dan positif serta peka terhadap persekitaran

Merah: melambangkan keberanian dan cekal menunaikan kewajipan

Ungu: melambangkan keharmonian antara warga JKKP

Biru: melambangkan kewibawaan peribadi serta komitmen tinggi dalam menjalankan tugas

Slogan: Kondusif, Selamat dan Sihat

 

LOGO EKSA Kumpulan 4
 4. LogoEKSAKump4

 

Biru: Perpaduan dan kerjasama seluruh kakitangan dalam meningkatkan produktiviti

Hijau: Komited dalam melahirkan persekitaran yang berteraskan amalan hijau

Putih: Ketelusan dan kewibawaan dalam perkhidmatan

Topi keselamatan: Budaya kerja selamat dan sihat

Daun: Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

 

Print Email