mobile header en02

Kejuruteraan Forensik

Bahagian Kejuruteraan Forensik menawarkan khidmat kepakaran di dalam aspek kejuruteraan forensik kepada pegawai penyiasat di peringkat negeri untuk membantu menyelesaikan siasatan kes kemalangan, kejadian berbahaya dan penyakit pekerjaan.

Terdapat lima (5) seksyen di bawah BKF iaitu Seksyen Kejuruteraan Mekanikal, Seksyen Kejuruteraan Pembinaan, Seksyen Petrokimia, Seksyen Higen Pekerjaan dan Seksyen Makmal Ujian.

Buat sementara waktu, semua sampel dan barang kes dihantar ke agensi kerajaan seperti Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Kimia dan universiti tempatan berkenaan untuk diuji dan dianalisa.

Buat masa ini, tiada tempoh ditetapkan dan bergantung kepada kesediaan agensi yang telah dilantik kerana terdapat bilangan agensi berkebolehan yang terhad dalam menjalankan ujian tersebut.

Tags Cloud