mobile header en02

  • Main
  • uncategorized
  • Pencalonan Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2012

Pencalonan Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2012


1.0 PENGENALAN

Majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2012 dianjurkan oleh Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dibawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia. Majlis anugerah ini diadakan setiap tahun bertujuan bagi memberi pengiktirafan kepada organisasi dan individu yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta prestasi cemerlang didalam perlaksanaan sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ditempat kerja mereka.

Pengiktirafan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan tempat kerja di Malaysia selamat dan sihat serta bagi menjadikan amalan kerja yang selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.


2.0 KATEGORI ANUGERAH

Anugerah adalah terbuka bagi penyertaan kepada pelbagai industri di Malaysia. Terdapat lima (5) kategori yang diberikan kepada organisasi yang menunjukkan rekod pencapaian yang cemerlang dalam perlaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kategori anugerah adalah seperti berikut :-


2.1 Kategori Tempat Kerja

i. Anugerah Pengilangan Industri Besar - Kategori Elektrik/Elektronik
ii. Anugerah Pengilangan Industri Besar - Kategori Petroleum/Gas/Kimia
iii. Anugerah Pengilangan Industri Besar - Kategori Lain-lain Pengilangan
iv. Anugerah Industri Kecil dan Sederhana (Industri mempunyai modal berbayar kurang daripada RM25 juta dan mempunyai pekerja sepenuh masa kurang daripada 150 orang)
v. Anugerah Perlombongan Dan Penguarian
vi. Anugerah Pembinaan
vii. Anugerah Pertanian
viii. Anugerah Perhutanan
ix. Anugerah Perikanan
x. Anugerah Kemudahan (pembekalan letrik)
xi. Anugerah Kemudahan (air)
xii. Anugerah Kemudahan (gas)
xiii. Anugerah Kemudahan (kebersihan)
xiv. Anugerah Pengangkutan (pengangkutan awam, bas, udara & keretapi)
xv. Anugerah Penyimpanan (gudang penyimpanan)
xvi. Anugerah Komunikasi (komunikasi, satelit & `internet services provider’)
xvii. Anugerah Perdagangan Borong Dan Runcit
xviii. Anugerah Hotel Dan Restoran
xix. Anugerah Kewangan, Insurans dan Harta Tanah
xx. Anugerah Perkhidmatan Perniagaan
xxi. Anugerah Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan

2.2 Kategori Tokoh (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
2.3 Kategori Media
2.4 Kategori Wartawan
2.5 Kategori Ketua Pegawai Eksekutif (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


3.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Sila kemukakan borang penyertaan dan dokumen sokongan kepada :-


Setiausaha,
Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
(Kementerian Sumber Manusia)
d/a Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
Aras 4, Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 WP Putrajaya.
Telefon : +603-88865000
Faks : +603-88892354

Semua borang penyertaan dan dokumen sokongan hendaklah sampai sebelum atau pada 30 April 2012. (atau tarikh yang akan ditetapkan kemudian)

Sekiranya ada kemusykilan, sila berhubung dengan pegawai berikut:

NAMA PEGAWAI
NO TEL
E-MEL
En. Pavintheran a/l Kandasamy
03-88865265
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pn. Nurul Hamizah bt Baharan
03-88865264
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
En. Suhaidy bin Latip
03-88711321
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
En. Lee Kem Seng
03-88865271
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pn. Nor Azzura bt Saari
03-88865000 samb 5696
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

4.0 LAMPIRAN

{phocadownload view=file|id=891}
{phocadownload view=file|id=893}
{phocadownload view=file|id=889}
{phocadownload view=file|id=892}

Tags Cloud