Breadcumb Caption
  • Archive OSH Info
  • 2015
  • Safety Alert Penyelenggaraan Kren Menara Bagi Komponen Slewing Ring
Breadcumb Caption
  • Archive OSH Info
  • 2015
  • Safety Alert Penyelenggaraan Kren Menara Bagi Komponen Slewing Ring

Safety Alert Penyelenggaraan Kren Menara Bagi Komponen Slewing Ring

Kemalangan melibatkan kren menara telah berlaku di Ara Damasara pada tahun 2014. Kren menara tersebut telah gagal dan runtuh sebelum melakukan operasi mengangkat. Kegagalan berlaku sejurus selepas operator kren menghidupkan enjin dan memusing bum bagi ujian fungsi (tanpa beban). Safety Alert ini dikeluarkan sebagai peringatan kepada semua pihak yang membuat penyelanggaraan berkala terhadap kren menara kerana kerja-kerja ini merupakan satu faktor penyumbang kepada kemalangan.

Kren menara adalah sejenis mesin pembinaan yang dipasang dan dirombak mengikut jadual aktiviti kerja pelanggan. Setelah kerja rombakan keatas kren menara dilakukan, ianya ditempatkan di tempat penyimpanan dan adakalanya di tapak pembinaan itu sendiri. Dalam keadaan ini, komponen-komponen kren menara selalunya terdedah dengan persekitaran yang boleh menjejaskan integriti komponen itu sendiri. Safety alert ini memperincikan kepada penyelenggaraan komponen slewing ring kerana ianya merupakan komponen yang kritikal semasa kren menara beroperasi. Slewing ring merupakan komponen yang kritikal kerana ianya adalah penyambung diantara bahagian bum dan mast serta berfungsi memutarkan bahagian atas kren sehingga 360 darjah. Pemunya bertanggungjawab untuk memastikan pembaikan dan penyelenggaraan oleh Orang Yang Kompeten, OYK (yang telah berdaftar dengan JKKP) dijalankan dengan mematuhi kepada kehendak-kehendak undang-undang yang dikuatkuasakan.

Perkara-perkara yang harus dititikberatkan adalah :

  1. Slewing ring hendaklah diperiksa secara teliti oleh OYK sebelum kerja memasang dan selepas kerja rombakan dilakukan. Kerja-kerja pemasangan tidak boleh dijalankan apabila bahagian-bahagian slewing ring didapati mengalami apa-apa kerosakan atau kecacatan yang boleh menimbulkan bahaya kepada pekerja dan orang ramai.
  2. Pelincir bagi gegalas (bearing) yang digunakan haruslah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh syarikat pembuat kren.
  3. Getah seal bagi slewing ring perlu diperiksa jika terdapat kebocoran yang boleh mengakibatkan perlincir atau gris terkeluar dan boleh menjejaskan kelancaran pemutaran pada mekanisma gegalas.
  4. Permukaan raceway haruslah diperiksa secara teliti dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada sebarang kecacatan pada permukaannya. Kecacatan yang boleh wujud adalah :
    • Overheating – Permukaan raceway berubah kepada warna lebih gelap.
    • Fatigue – Terdapat kelupas sama ada di inner ring, outer ring atau bebola galas.
    • Kemik – Permukaan boleh menjadi kemik sekiranya terdapat pencemaran dimana terdapat bendasing seperti habuk, batu dan sebagainya yang masuk ke dalam ruang slewing ring.
    • Kakisan – Permukaan komponen slewing ring berubah kepada warna coklat atau merah.
  5. Bebola galas juga hendaklah diperiksa dan dipastikan tidak mengalami apa-apa kecacatan bagi mengelakkan berlakunya kegagalan dalam struktur gegalas.
  6. Putaran raceway luar hendaklah sejajar dengan bahagian dalam kerana ketidak sejajaran boleh menyebabkan bebola galas bergerak tidak sekata dan seterusnya mengalami kecacatan.
  7. Jika kren menara dirombak dan disimpan di bawah sinaran matahari untuk tempoh yang lama sebelum digunakan semula, komponen slewing ring perlu dibuka dan digriskan semula bagi mengelakkan gris yang sedia ada di dalam slewing ring menjadi keras serta tidak dapat berfungsi sebagaimana yang sepatutnya.

 

 

Print Email