• Archive News
  • 2018
  • 711 kes kemalangan maut di tempat kerja - KOSMO Online
Slider

711 kes kemalangan maut di tempat kerja - KOSMO Online

RAWANG - Sebanyak 711 kes kemalangan maut di tempat kerja dicatat di seluruh negara sepanjang tahun lepas, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, menurut rekod Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 2016 yang merekodkan sebanyak 688 kes.


"Pada 2017 juga, kemalangan di tempat kerja purata 116 kes setiap hari bersamaan dengan 42,513 kes setahun," katanya ketika merasmikan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2018 di Pusat Latihan Perodua di sini hari ini.

Mahfuz berkata, majikan dan pekerja perlu bekerjasama dalam mengenal pasti bahaya di tempat kerja dengan melakukan analisis dan kawalan risiko yang berkesan.

Beliau berkata, kerajaan melalui JKKP sentiasa berusaha dalam meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan di tempat kerja.

"Pada 2017 sahaja, pihak JKKP menjalankan 269,877 pemeriksaan ke atas tempat kerja dan jentera. Berdasarkan jumlah tersebut, 23,006 notis dikeluarkan, 1,028 kesalahan dikenakan kompaun dan 324 kes pendakwaan mahkamah dikeluarkan," katanya. - Bernama

Print Email