Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • 701 hilang pendengaran di tempat kerja - Harian Metro Online
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • 701 hilang pendengaran di tempat kerja - Harian Metro Online

701 hilang pendengaran di tempat kerja - Harian Metro Online

Harian Metro Online, 20 Julai 2017

 

news hmo 210717

 

Lebih 700 pekerja di Kedah direkodkan mengalami masalah hilang pendengaran berpunca di tempat kerja sepanjang tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia negeri, Datuk Norsabrina Mohd Noor, berkata, sepanjang 2016, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP) mencatatkan jumlah keseluruhan 747 kes penyakit pekerjaan.

"Masalah hilang pendengaran mencatatkan jumlah tertinggi penyakit pekerjaan iaitu sebanyak 701 kes diikuti masalah paru-paru (25 kes), ergonomik (18 kes), penyakit kulit (2) dan keracunan (1).

"Kesemua kes ini sudah disahkan berlaku di tempat kerja yang berpunca daripada kecuaian majikan yang tidak menitikberatkan soal keselamatan dan kesihatan pekerja," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Negeri Kedah 2017 anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dan JKKP Kedah, di Sungai Petani, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JKKP Kedah, Hazlina Yon.

Dalam pada itu, Norsabrina berkata, 280 kes membabitkan kemalangan di tempat kerja direkodkan dari awal tahun sehingga 30 Jun lalu di Kedah.

Katanya, daripada jumlah itu 20 kes membabitkan kemalangan hilang upaya kekal, 251 kes kecederaan dan sembilan kes kejadian bahaya.

Print Email