Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • Maut ditimpa cangkuk kren - Harian Metro Online
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • Maut ditimpa cangkuk kren - Harian Metro Online

Maut ditimpa cangkuk kren - Harian Metro Online

Harian Metro Online, 12 Julai 2017

 

PEKERJA Bangladesh berusia 40 tahun maut ditimpa cangkuk kren yang digunakan untuk mengangkat bahan binaan di satu tapak pembinaan di Tanjung Kupang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamed berkata, kejadian pada 9.15 pagi itu mengakibatkan Kiyam Uddin mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa mati selepas tali di kepala menara kren terputus.

"Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

"Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Menurutnya, mangsa tinggal di penempatan pekerja asing projek di Tanjung Kupang, Gelang Patah, itu.

 

Print Email