• Archive News
  • 2015
  • 22 cedera kilang proses minyak sabun terbakar - Utusan Online
Slider

22 cedera kilang proses minyak sabun terbakar - Utusan Online

Utusan Online, 07 Oktober 2015

news uo 07102015 
API marak hampir memusnahkan sebuah kilang yang turut menyebabkan 22 orang cedera di Kundang, Rawang, Selangor, semalam

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Sebanyak 22 pekerja cedera dengan dua daripadanya parah dalam kebakaran se­buah kilang memproses minyak sabun di Kundang, Rawang dekat sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, mangsa, Lee Teow Hin, 65, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah kerana tersepit di tempat duduk pemandu kren.Kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu berlaku ketika kesemua pekerja berkenaan sedang berhenti rehat.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang, Fadilah Salleh berkata, sebanyak 37 anggota yang terlibat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang, BBP Rawang dan BBP Sungai Buloh.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.45 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Kita dapati sebanyak 20 pekerja mengalami kecederaan ringan sementara dua lagi parah akibat melecur hampir 40 peratus di bahagian badan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Fadilah, pasukan bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.

 

 

Print Email