Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2015
  • Kaji semula langkah keselamatan di tapak pembinaan - Utusan Online
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2015
  • Kaji semula langkah keselamatan di tapak pembinaan - Utusan Online

Kaji semula langkah keselamatan di tapak pembinaan - Utusan Online

Utusan Online, 03 September 2015

news uo2 030915

Lee Lam Thye

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Syarikat-syarikat pembinaan perlu membuat penilaian semula mengenai langkah-langkah keselamatan di tapak pembinaan bagi mengurangkan kemalangan di kawasan tersebut.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, setiap syarikat pembinaan perlu mengkaji semula keseluruhan pendekatan mereka terhadap aspek keselamatan serta memastikan kawal selia pekerja yang lebih berkesan.

“Ini adalah masanya semua pihak dalam industri pembinaan memberi perhatian yang serius dan menunjukkan keprihatinan dan komitmen kepada keselamatan di tempat kerja.

“Pencegahan kemalangan di tempat kerja akan lebih efektif jika majikan dan pekerja sedar betapa pentingnya mempunyai budaya tempat kerja yang selamat dan sihat. Penglibatan semua orang adalah penting jika kita mahu mencapai budaya keselamatan yang menyeluruh dalam industri pembinaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Lam Thye berkata, sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkesan bakal menyumbang ke arah pembentukan budaya keselamatan yang lebih menyeluruh dalam industri tersebut.

“Konsep tingkah laku berdasarkan keselamatan juga perlu diterapkan dalam industri pembinaan supaya semua orang menjadikan keselamatan sebagai tanggungjawab mereka.

“Jika kemalangan berlaku kerana kegagalan mekanikal atau kejadian semula jadi, ia boleh difahami tetapi sekurang-kurangnya apa yang boleh kita lakukan adalah mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian profesional, ketidakcekapan dan kelalaian,” katanya.

 

Print Email