• Archive News
  • 2015
  • Dua maut kilang terbakar - MyMetro
Slider

Dua maut kilang terbakar - MyMetro

MyMetro, 30 Mac 2015

Penampang: Dua mayat ditemui rentung dalam kebakaran kilang perabot dan sofa di Taman Starland Jalan Kobusak, di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri, Mohd Affendy K Ramin berkata, selain kilang kebakaran itu turut memusnahkan rumah banglo, rumah pekerja dan tiga kenderaan.

"JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran tersebut pada 4.03 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.

"Keadaan dikawal dan api dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh kurang 30 minit.

"Kebakaran itu menyebabkan kemusnahan hampir 95 peratus bangunan dan kami masih menyiasat punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami mangsa," katanya, di sini, hari ini.


news 30032015 hm

 

Print Email