Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2015
  • Pekerja dihempap kerangka bumbung meninggal dunia - MyMetro
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2015
  • Pekerja dihempap kerangka bumbung meninggal dunia - MyMetro

Pekerja dihempap kerangka bumbung meninggal dunia - MyMetro

MyMetro, 03 Februari 2015

Kota Kinabalu: Pekerja binaan Fitri Munir, 22, yang dihempap kerangka bumbung yang runtuh di pusat pembinaan kompleks beli belah bersebelahan KK Times Square, semalam, disahkan meninggal dunia, 4.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa meninggal dunia akibat pendarahan teruk di bahagian kepala.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Empat lagi mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian 11.10 pagi itu, lima buruh yang sedang memasang bumbung cedera akibat dihempap kerangka yang tiba-tiba terjatuh.

news 03022015 hm
STRUKTUR bumbung yang runtuh. FOTO Datu Ruslan Sulai

 

Print Email