10 cedera, termasuk 2 kritikal kebakaran berhampiran stesen minyak di Gua Musang

Berita Harian Online, 3 April 2014

 

GUA MUSANG: Seramai 10 orang, termasuk dua parah dalam kebakaran besar di Dataran Shell, Jalan Persiaran Raya, di sini, jam 11.30 malam tadi.

Daripada yang cedera itu, empat dalah perempuan dan enam lelaki. Empat daripada mereka adalah adalah pelajar Kolej Polytech Mara (KPTM) yang sedang makan di gerai hujung di dataran berkenaan.

Menurut Polis Gua Musang, kebakaran berpunca daripada tumpahan dan kebocoran minyak yang mengalir dari tangki minyak bawah tanah stesen minyak dan mengalir ke arah gerai makan berhampiran lalu meletup dan merebak.

"Kebakaran dipercayai bermula di gerai makan dan kemudiannya merebak dan membakar tiga motosikal dan empat kereta," katanya.

Print