Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Tapak Bina 2011

 

OBJEKTIF SEMINAR :

Menyampaikan dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan , Penyelia Keselamatan dan Kesihatan, hasil pemeriksaan tapak bina yang dijalankan oleh pegawai JKKP serta isu berkaitan higen di tapak bina kepada pengurusan projek dan ‘OSH Practitioner’. Selain daripada itu amalan baik yang dijalankan oleh kontraktor juga akan di kongsi bersama dan dijadikan sebagai panduan kepada kontraktor-kontraktor lain. Ini adalah bagi mewujudkan satu kerjasama teknikal dan kepakaran antara Jabatan dan pihak kontraktor bagi mewujudkan suasana kerja yang selamat dan mengurangkan kejadian kemalangan di tapak bina.

Tarikh : 24 November 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Bunga Tanjung,
Kelab Shah Alam, Selangor
** Penyertaan PERCUMA dan TERHAD 200 orang peserta **
Pendaftaran secara online telah DITUTUP.
Pendaftaran walk-in diterima. Keutamaan diberikan kepada peserta yang telah mendaftar secara online.
Klik SINI untuk Semakan Pendaftaran Peserta.

 

SASARAN PESERTA :

Seramai 200 orang peserta akan dijemput daripada pengurus projek , pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO) dan Penyelia Keselamatan dan Kesihatan (SSS) di industri pembinaan. Di samping itu, sasaran peserta seperti wakil daripada organisasi yang terlibat di dalam industri pembinaan dan juga ahli akademik.

Untuk Maklumat Lanjut :

SEKRETARIAT

Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 2,3,4 Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya

Faks: 03-8889 2354
En. Suhaidy Bin Latip (03-8871 1321 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
Pn. Nor Azzura Bte Saari (03-8886 5696 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

{phocadownload view=file|id=792}
{phocadownload view=file|id=793}
{phocadownload view=file|id=794}

Print